Ruud Gullit: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 68:
 
Gullit turut menghadapi sedikit kesukaran ketika menunjukkan cara bermainnya di Chelsea. Disebabkan itu, beliau terpaksa berpindah posisi ke pemain tengah. Oleh sebab itu juga, pengubahan posisi Gullit menyebabkan beliau dianugerahkan sebagai naib juara kepada [[Eric Cantona]] sebagai Pemain Terbaik Tahunan. Gullit sejak ditemu ramah mengatakan beliau menikmati kariernya di London dan berasa sangat gembira di Chelsea.
 
==Kerjaya antarabangsa==
Pada tahun 1981, Gullit melakukan debut untuk [[pasukan bola sepak kebangsaan Belanda|pasukan kebangsaan Belanda]] pada perlawanan menentang [[pasukan bola sepak kebangsaan Switzerland|Switzerland]] yang berkesudahan Switzerland menang 2–1.
 
Kerjaya Gullit di pasukan Belanda sedikit mengecewakan kerana Belanda gagal menempah tempat ke [[Piala Dunia FIFA 1984|Piala Dunia 1984]] dan [[UEFA Euro 1984|Euro 1984]]. Ia diikuti terlepas kejohanan [[Piala Dunia FIFA 1986|Piala Dunia 1986]] selepas Belanda kecundang di tangan negara jiran, [[pasukan bola sepak kebangsaan Belgium|Belgium]] pada pusingan play-off.
 
Walau bagaimanapun, Gullit menjadi salah satu tonggak utama Belanda yang membantu pasukannya bergelar juara dalam kejohanan [[UEFA Euro 1988|Euro 1988]] di bawah kendalian [[Rinus Michels]]. Selepas menewaskan tuan rumah [[pasukan bola sepak kebangsaan Jerman Barat|Jerman Barat]] 2-1 di [[Hamburg]] pada separuh akhir, Belanda bertemu [[pasukan bola sepak kebangsaan Kesatuan Soviet|Soviet]] pada pusingan akhir. Gullit menjaringkan gol pembukaan melalui tandukan menarik sebelum [[Marco van Basten]] menjaringkan gol voli untuk membantu Belanda membenam Soviet 2-0.
 
Belanda menjadi salah satu pasukan pilihan dalam aksi [[Piala Dunia FIFA 1990|Piala Dunia 1990]] tetapi pasukan ini gagal daripada yang diharapkan. Kecederaan lutut Gullit menghalangnya untk terus bermain. Namun, Gullit dapat menjaringkan gol pada kejohanan itu ketika menentang [[pasukan bola sepak kebangsaan Republik Ireland|Republik Ireland]] dan membantu pasukannya untuk maar ke pusingan kedua. Mereka sekali lagi bertemu Jerman Barat dan salah satu perlawanan tidak akan dilupakan. Ia diikuti kekecohan antara [[Frank Rijkaard]] dan [[Rudi Völler]]. Pasukan Jerman menebus kembali dendamnya atas kekalahan dua tahun lalu dengan membenam Belanda 2-1 sebelum dinobatkan sebagai juara dunia.
 
Pada kejohanan [[UEFA Euro 1992|Euro 1992]], Belanda sekali lagi dilihat pasukan pilihan. Gullit mempamerkan aksi menarik dengan melakukan hantaran kepada [[Dennis Bergkamp]] untuk menjaringkan gol pada perlawanan pembukaan menentang [[pasukan bola sepak kebangsaan Scotland|Scotland]]. Selepas seri bertemu [[pasukan bola sepak kebangsaan Rusia|Rusia]] dan menewaskan Jerman, Belanda dikejutkan [[pasukan bola sepak kebangsaan Denmark|Denmark]] pada pusingan kedua lalu Denmark menjadi juara Eropah.
 
Pada tahun 1993, Gullit dan pengurus Belanda, [[Dick Advocaat]] mula bertikai lalu menamatkan karier antarabangsa Gullit. Keputusan Advocaat untuk meletakkan Gullit di posisi pemain tengah kanan pada perlawanan menentang [[pasukan bola sepak kebangsaan England|England]]. Gullit menolak untuk beraksi pada perlawann antarabangsa tetapi menarik balik keputusannya dan bersetuju untuk kembali pada perlawanan menentang Scotland pada Mei 1994. Sebaik sebelum [[Piala Dunia FIFA 1994|Piala Dunia 1994]] bermula, Gullit tidak menyertai kem latihan pra-kejohanan dan beliau tidak akan beraksi di perlawanan antarabangsa lagi.
 
===Statistik===
{| class="wikitable" style="text-align:center"
! colspan=3 | [[Pasukan bola sepak kebangsaan Belanda|Pasukan kebangsaan Belanda]]
|-
!Tahun!!Kmncln!!Gol
|-
|1981||1||0
|-
|1982||5||1
|-
|1983||6||4
|-
|1984||4||0
|-
|1985||4||0
|-
|1986||6||1
|-
|1987||6||5
|-
|1988||8||2
|-
|1989||2||0
|-
|1990||9||1
|-
|1991||4||1
|-
|1992||8||2
|-
|1993||2||0
|-
|1994||1||0
|-
!Jumlah||66||17
|}
 
===Gol antarabangsa===
{| class="wikitable collapsible collapsed"
!colspan="7"|Gol antarabangsa oleh '''Ruud Gullit''' {{flagicon|NED}}
|-
! # !! Tarikh !! Lokasi !! Lawan !! Skor !! Keputusan !! Kejohanan
|-
| <center>1 || 22 September 1982 || [[Rotterdam]], Belanda || {{fb|IRL}} || <center>'''2'''–0 || <center>2–1 || rowspan="5"| [[Kelayakan UEFA Euro 1982|Kelayakan Euro 1982]]
|-
| <center>2 || 7 September 1983 || [[Groningen]], Belanda || {{fb|ISL}} || <center>'''2'''–0 || <center>3–0
|-
| <center>3 || rowspan=2 | 12 Oktober 1983 || rowspan=2 | [[Dublin]], Ireland || rowspan=2 |{{fb|IRL}} ||align=center| 2–'''1''' || rowspan="2" style="text-align:center;"| 2–3
|-
| <center>4 ||align=center| 2–'''3'''
|-
| <center>5 || 16 November 1983 || Rotterdam, Belanda || {{fb|ESP}} || <center>'''2'''–1 || <center>2–1
|-
| <center>6 || 21 Disember 1986 || [[Limassol]], Cyprus || {{fb|CYP}} || <center>0–'''1''' || <center>0–2 || [[Kelayakan UEFA Euro 1988|Kelayakan Euro 1988]]
|-
| <center>7 || 21 Januari 1987 || [[Barcelona]], Sepanyol || {{fb|ESP}} || <center>0–'''1''' || <center>1–1 || [[Perlawanan persahabatan|Persahabatan]]
|-
| <center>8 || 29 April 1987 || Rotterdam, Belanda || {{fb|HUN}} || <center>'''1'''–0 || <center>2–0 || rowspan="4"| Kelayakan Euro 1988
|-
| <center>9 || rowspan=2 | 14 Oktober 1987 || rowspan=2 | [[Warsaw]], Poland || rowspan=2 |{{fb|POL}} ||align=center| 0–'''1''' || rowspan="2" style="text-align:center;"| 0–2
|-
| <center>10 ||align=center| 0–'''2'''
|-
| <center>11 || 28 Oktober 1987 || Rotterdam, Belanda || {{fb|CYP}} || <center>'''2'''–0 || <center>8–0
|-
| <center>12 || 25 Jun 1988 || [[Munich]], Jerman Barat || {{fb|URS}} || <center>0–'''1''' || <center>0–2 || [[UEFA Euro 1988|Euro 1988]]
|-
| <center>13 || 14 September 1988 || [[Amsterdam]], Belanda || {{fb|WAL}} || <center>'''1'''–0 || <center>1–0 || [[Kelayakan Piala Dunia FIFA 1990 (UEFA)|Kelayakan Piala Dunia 1994]]
|-
| <center>14 || 21 Jun 1990 || [[Palermo]], Itali || {{fb|IRL}} || <center>0–'''1''' || <center>1–1 || [[Piala Dunia FIFA 1990|Piala Dunia 1994]]
|-
| <center>15 || 17 April 1991 || Rotterdam, Belanda || {{fb|FIN}} || <center>'''2'''–0 || <center>2–0 || [[Kelayakan UEFA Euro 1992|Kelayakan Euro 1992]]
|-
| <center>16 || 27 Mei 1992 || [[Sittard]], Belanda || {{fb|AUT}} || <center>'''3'''–1 || <center>3–2 || Persahabatan
|-
| <center>17 || 16 Disember 1992 || [[Istanbul]], Turki || {{fb|TUR}} || <center>0–'''2''' || <center>1–3 || [[Kelayakan Piala Dunia FIFA 1994 (UEFA)|Kelayakan Piala Dunia 1994]]
|}
 
==Kerjaya pengurus==
 
===Chelsea===
Pada musim panas 1996, selepas [[Glenn Hoddle]] meninggalkan Chelsea untuk menjawat jawatan sebagai pengurus [[Pasukan bola sepak kebangsaan England|pasukan kebangsaan England]], Gullit dilantik sebagai [[pemain-pengurus]] sekali gus menjadi orang Belanda pertama mengendali pasukan Liga Perdana Inggeris. Pada musim pertamanya di Chelsea, beliau membawa Chelsea meraih [[Piala FA Inggeris]] pada tahun [[Piala FA Inggeris 1996–97|1997]], kejuaraan utama pertama kelab dalam masa 26 tahun. Ia turut diikuti [[Liga Perdana Inggeris 1996-97|penghuni tempat keenam]] Liga Perdana Inggeris.
 
Pada musim berikutnya, Chelsea menduduki tempat kedua liga dan melangkah ke peringkat suku akhir dalam saingan piala domestik namun Gullit dipecat. Kononnya Gullit mempertikaikan tindakan kelab membayar pampasan kepadanya. Beliau digantikan oleh [[Gianluca Vialli]], yang seterusnya membawa Chelsea ke [[Piala Juara-Juara UEFA]] dan melakar kejayaan dalam [[Piala Liga Inggeris]] pada baki musim. Perlawanan terakhir Gullit sebagai seorang pemain Chelsea pada perlawanan separuh akhir Piala Liga Inggeris menentang [[Arsenal F.C.|Arsenal]] sebelum dipecat untuk menghadapi perlawanan separuh akhir kedua.