Pasukan operasi khas: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 20:
Sebagai pasukan yang paling profesional, pasukan elit mempunyai pelbagai peralatan khusus bagi memastikan setiap operasi khas dijalankan dengan sempurna. Perbelanjaan yang amat tinggi juga diperlukan kerana pasukan ini memerlukan peralatan yang jauh lebih moden daripada peralatan biasa. Peralatan khusus ini meliputi aspek persenjataan dan peralatan khas yang lain. Bagi persenjataan, dibawah terdapat sistem persenjataan ringan yang digunakan oleh pasukan ini.
 
===;Pistol===
Pistol separa automatik dan revolver merupakan sistem persenjataan ringan yang amat penting bagi menjalankan operasi-operasi khas pasukan elit dan ianya merupakan senjata yang kedua selepas senjata utama pengguna telah kehabisan peluru. Revolver amat jarang digunakan memandangkan penembakannya amat terhad kepada enam butir peluru sahaja jika dibandingkan dengan pistol. Antara pistol yang paling banyak digunakan bagi pasukan elit misalnya di Britain dan Amerika Syarikat ialah sistem Browning High-Power buatan Belgium yang menggunakan tiga jenis kaliber peluru iaitu 9 mm, .40 S&W dan .45 ACP. Sistem ini paling popular kerana pengguna mampu menggunakan teknik ''double tap shooting'' (teknik dua tembakan ke sasaran yang sama) dengan cepat dan pantas sungguhpun terdapat sistem tendangan yang amat keras. Majoriti yang menggunakannya adalah SAS Britain dan Australia. Dengan pengenalan produk terbaru daripada Beretta, Glock, [[Heckler & Koch]] serta Sig Sauer, penggunaan pistol Browning mula berkurangan serta terdapat khabar mengatakan peralatan ganti bagi sistem ini juga tidak dapat dipasarkan lagi oleh firma tersebut. Namun, penggunaannya masih lagi diteruskan. Pistol Colt M1911 berkaliber .45 ACP buatan Colt Firearms dari Amerika Syarikat mula digunakan pada tahun 1940an oleh Amerika dan Britain serta negara-negara yang berada dibawah jajahan Barat, termasuk [[Malaysia]] juga menggunakan sistem ini. Selain Colt dan Browning, pistol Glock dan Heckler & Koch (HK) adalah antara sistem pistol yang kini digunakan secara meluas oleh pasukan-pasukan elit negara luar memandangkan kualiti dan mutu serta kelasakan dan ketepatan menembak dengan pantas. Firma HK telah memasarkan produk pistolnya seperti HK P9S, Universal Selfloading Pistol (USP), Mark 23 .45 ACP (atau HK SOCOM) dan lain-lain bagi kegunaan khas unit-unit tersebut.
 
===;Senapang patah===
Senapang patah atau ''pump-gun'' adalah antara salah satu sistem persenjataan utama pasukan elit yang biasanya adalah sistem senjata tempur jarak dekat dan memerlukan daya penembakan yang baik. Selain menggunakan peluru jenis penabor biasa dan penabor kuasa tinggi ''(Buckshot)'', senjata ini juga menggunakan peluru penabor tanpa bahaya ''(nonlethal weapon)'' jenis ''Bean Bag'' yang menggunakan bebola plastik atau getah bagi mencederakan pihak musuh tanpa sebarang kesan sampingan serta peluru jenis ''Slug'' bagi memecahkan tombol pintu setiap bangunan atau kapal bagi memudahkan serbuan dijalankan. Selain menggunakan sistem ''pump action'', terdapat juga versi separa automatik turut digunakan. Antara jenis senapang patah yang paling terkenal digunakan ialah Benelli dan Franchi SPAS dari [[Itali]] serta Remington dari Amerika Syarikat.
 
===;Submesingan===
Submesingan atau mesingan kecil adalah sistem persenjataan utama yang paling banyak digunakan selain senapang patah kerana ianya paling sesuai digunakan dalam pertempuran jarak dekat yang memerlukan ketepatan menembak jarak dekat yang paling baik. Submesingan MP5 buatan Heckler & Koch adalah sistem mesingan yang paling banyak digunakan secara meluas di seluruh dunia (kecuali [[Russia]]) kerana sistem yang asalnya diubahsuai dari raifal G3 ini mempunyai rekod penggunaan yang amat baik dan kini terdapat sistem taktikal bagi MP5 bagi operasi khas seperti MP5-K yang dipendekkan dan MP5SD yang menggunakan sistem tanpa bunyi. Versi MP5-N atau MP5-Navy adalah versi khusus yang banyak digunakan oleh Navy SEAL Amerika yang disadur dengan bahan khas bagi mengelakkan sebarang kerosakkan semasa operasi diperairan.
{{main|Heckler & Koch MP5}}
Baris 32:
{{main|Heckler & Koch MP7}}
 
===;Raifal Tempur atau Karbin===
Sistem senjata jarak jauh seperti raifal tempur atau karbin merupakan aset persenjataan ringan yang turut disenaraikan dalam inventori senjata utama pasukan elit sekiranya terdapat sesetengah pihak atasan berpendapat penggunaan submesingan atau ''pump-gun'' dirasakan kurang sesuai digunakan didalam kawasan pertempuran dalam jarak yang amat terhad misalnya dikawasan hutan dan perkampungan atau menjadi unit penyerang sulit bersama infantri konvensional semasa peperangan. Selain itu, ianya juga turut digunakan dalam teknik CQB bersama anggota elit yang menggunakan senjata jarak dekat. Versi-versi raifal tempur yang digunakan oleh pasukan elit adalah seperti raifal [[AK-47]], AK-101 (berkaliber 5.56 mm), [[Raifal Tempur Colt M16|Colt M16]], HK 33, HK G3, HK G36 Standard, [[Steyr AUG]] dan lain-lain. Manakala versi karbin adalah CAR-15, Colt M16 Model 653, Bushmaster M4, [[Karbin Colt M4|Colt M4]], [[Heckler & Koch Model 416|HK 416 Commando]], [[Heckler & Koch G36|HK G36C/K/KE]] serta [[Heckler & Koch XM8|HK XM8 Commando]].
 
===;Senjata Tembak Tepat===
Senjata penembak tepat atau lebih mudah lagi ''sniper'' adalah sistem persenjataan yang digunakan untuk menembak musuh dari jarak jauh yang tidak mampu diserang balas oleh musuh. Senjata tersebut biasanya dilengkapi dengan pejera teleskop yang membolehkan penembak mampu mengenalpasti berapakah jarak yang diperlukan bagi membunuh dari jarak yang amat jauh tanpa disedari oleh musuh serta menjadi penyerang sokongan semasa anggota elit melakukan serbuan dihadapan dan juga tongkat kaki dua atau ''bipod'' bagi menyokong senjata tersebut. Selain menggunakan amunisi versi standard (misalnya 5.56mm atau 7.62 mm), terdapat juga versi senjata penembak tepat yang menggunakan amunisi berkaliber tinggi seperti 12.7 mm atau .50 BMG.
 
Baris 43:
Pakaian kalis peluru atau ''bulletproof vest'' adalah salah satu peralatan khas yang paling mustahak sekali digunakan oleh pasukan elit kerana tanpa pakaian ini, amat sukar bagi anggota yang terlibat dalam operasi khas ini menjayakan objektifnya. Ini kerana, sebagai pasukan yang terlatih, pakaian kalis peluru ini perlu bagi mengelakkan sebarang terjahan peluru musuh menembusi ke atas mana-mana bahagian organ utama tubuh badan manusia yang mana boleh mendatangkan kecederaan kritikal mahupun kematian. Pasukan elit sememangnya digalakkan memakai pakaian kalis peluru semasa melakukan operasi atau tugas khas yang mana kemungkinan boleh terdedah kepada bahaya pihak musuh yang menggunakan senjata api atau bahan letupan. Pakaian kalis peluru dikelaskan mengikut ''level'' yang ditetapkan. Bagi operasi yang mana pihak musuh menggunakan senjata yang berkaliber melebihi 30 mm, versi ke-IV (4) seberat 10.8 gram digunakan bagi mengelakkan sebarang terjahan peluru atau letupan sekuat 868 m/s. Terdapat juga versi yang dikenali sebagai ''covert vest'' yang mana pakaian ini dipakai di bahagian dalam baju dan amat sesuai tanpa pakaian seragam atau pakaian khusus pasukan elit. Versi ini digunakan oleh unit-unit khas yang terlibat dalam operasi mengiringi orang-orang kenamaan dan juga misi pengintipan atau ''undercover''.
 
Sistem komunikasi turut disediakan dengan alatan komunikasi atau ''walkie-talkie'' yang dipasangkan pada bahagian kanan belakang pakaian kalis peluru serta dilengkapi dengan ''earphone'' yang dipasangkan di telinga. Bagi yang mempunyai dana yang amat besar, terdapat sesebuah syarikat telekomunikasi yang mencipta alat komunikasi khas yang dipasangkan didalam tekak, khas bagi anggota yang menjalankan operasi tanpa pakaian khas.

Amunisi khas disediakan untuk penugasan khas pasukan elit. Bagi memastikan tanpa sebarang masalah dalam operasi khas, kualiti amunisi juga amat penting kerana amunisi yang kurang bermutu boleh mendatangkan masalah kepada halangan didalam senjata serta menjadikan senjata juga rosak yang boleh membataskan operasi yang dijalankan. Untuk pistol dan submesingan, amunisi versi ''Hollowpoint'' dari 9 mm, .380, .40 S&W hingga .45 ACP digunakan bagi mengelakkan sebarang tembusan lebihan ''(over penetration)'' yang dilepaskan ke sasaran. Sistem sokongan pada senjata juga turut disediakan.

Antaranya ialah sistem lampu suluh taktikal jenis ''Surefire'' yang dikembarkan dengan pistol, submesingan hingga kepada raifal tempur bagi memudahkan penembak menggunakan senjata didalam kawasan gelap. Pejera taktikal juga disediakan sebagai alat sokongan bagi memudahkan penembak menembak tanpa perlu menggunakan pejera senjata yang sedia ada. Terdapat dua versi pejera taktikal seperti pejera titik merah ''(red dot)'' dan pejera inframerah ''(thermal sight)'' dimana versi inframerah boleh digunakan bagi menembak musuh berdasarkan haba yang dikeluarkan dari tubuh badan.

Pakaian khusus disediakan dengan beberapa kategori. Antaranya adalah versi kalis api, anti radiasi atau bahan kimia berbahaya serta versi anti penghakis dan lain-lain. Syarikat Nomex adalah antara syarikat yang banyak mengeluarkan versi jenis ini. Selain itu, pelbagai lagi peralatan sokongan seperti perisai balistik taktikal, bom tangan berkuasa tinggi ''(High Explosive Grenade), Stun Grenade, Flashbang'', sistem tangga gempur dan peralatan mematikan letupan juga disediakan. Dan juga, bahan letupan khas seperti ''C-4'' juga disediakan dalam inventori peralatan sokongan.
 
Pasukan elit juga turut mempunyai bahan letupan khas seperti bom plastik jenis C-4 yang digunakan untuk memecahkan dinding dan pintu serta memecahkan kaca kalis peluru. Selain itu juga, bahan letupan ini turut digunakan untuk meletupkan kenderaan khas yang membawa dokumen dan peralatan penting bagi mengelakkan ianya jatuh ke tangan musuh. Manakala perisai balistik taktikal pula adalah perisai khas yang digunakan bagi menangkis terjahan peluru musuh semasa fasa serbuan hadapan dijalankan. Penggunanya menggunakan perisai tersebut dengan menggunakan tangan kiri dan pistol digunakan pada tangan kanan, kemudiannya digerakkan ke hadapan yang diikuti dengan anggota dibelakang ke kawasan musuh.
 
Bom tangan versi kuasa tinggi ''(High Explosive Grenade) adalah senjata bom tangan yang digunakan untuk membunuh musuh yang amat ramai. Manakala ''Stun Grenade/Flashbang'' adalah versi gegaran atau cahaya yang digunakan untuk membuatkan musuh yang terkena pancaran kilat atau bunyi yang amat kuat terganggu seketika serta bom asap digunakan untuk mengaburi penglihatan musuh. Sistem tangga gempur digunakan untuk bagi memudahkan anggota memanjat masuk ke dalam bangunan tanpa penggunaan tali abseiling dan peralatan mematikan letupan juga disediakan bagi mematikan bahan letupan yang dipasang oleh pihak musuh.
 
==Lihat juga==