Hujan Panas: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 30:
 
==Ringkasan==
Amir ([[P. Ramlee]]) ialah seorang pelayan restoran yang bercita-cita menjadi penggubah lagu. Dia meminati Aminah ([[Siput Sarawak]]), seorang penyanyi di tempat kerjanya. Amir meminta Aminah menyanyikan lagu-lagu ciptaannya tetapi Aminah tidak berminat. Sementara itu, Hasnah ([[Aini Hayati]]), juruwang di restoran itu berasa simpati terhadap Amir yang dihina oleh Aminah apabila Amir menyatakan rasa cintanya pada Aminah. Dalam diam, Hasnah turut menyimpan perasaan terhadap Amir. Pada suatu hari, sorang pemilik opera bernama Zakaria ([[Haji MahadiMustarjo]]) mengunjungi restoran itu dan terdengar lagu-lagu ciptaan Amir, lalu mempelawa Amir bekerja di tempatnya. Amir tidak mahu pergi sekiranya Aminah tidak ikut bersama. Akhirnya Zakaria mengambil mereka berdua bekerja di tempatnya. Semakin lama, lagu-lagu ciptaan Amir semakin disukai ramai dan Aminah juga tidak lagi membenci Amir. Mereka berdua berkahwin dan mendapat seorang anak lelaki bernama Nana ([[Baby Zarinah]]). Amir terlalu sayang kepada Nana hingga tidak menghiraukan hubungan Aminah dengan seorang lelaki bernama Hassan ([[Yusof Latiff]]). Amir menerima Hassan sebagai sahabat tanpa mengetahui niat sebenar Hassan yang cuma inginkan harta. Akibatnya Hassan berjaya memujuk Aminah meninggalkan Amir. Aminah turut membawa anaknya Nana bersama-sama. Amir begitu sedih dengan kejadian tersebut. Hasnah yang mendapat tahu perkara itu, pergi memujuk Amir untuk kerja semula di restoran lama supaya dapat melupakan Aminah dan Nana.
 
==Pelakon==