Yusuf al-Qaradawi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
karya yusuf al qardawi
Baris 77:
 
==Memuji Kerajaan Malaysia==
Pengerusi Al-Quds International Institution (QII), Sheikh Yusuf al-Qaradawi memuji usaha dan Peranan Malaysia memperjuangkan keamanan, keadilan dan kemanusiaan di dunia Islam dalam perjuangan rakyat [[Palestin]].Peranan Malaysia telah mendapat pujian menerusi dua pucuk surat yang diutuskan kepada kerajaan Malaysia Khususnya kepada [[Perdana Menteri]] Malaysia Datuk Seri [[Najib Razak]] dan [[Timbalan Perdana Menteri Malaysia]], [[Tan Sri [[Muhyiddin Yassin]].
 
Al-Qaradawi menyatakan dalam surat tersebut beliau melahirkan penghargaan dan terima kasih terhadap dedikasi dan komitmen Malaysia yang menyokong perjuangan di [[Baitulmuqaddis]].Selain dari itu juga beliau menyatakan bahawa Datuk Seri [[Najib Razak]] antara yang pertama dan terawal menyokong perjuangan adil dan kemanusiaan, isu Palestin dan Baitulmaqdis dan amat tersentuh dengan keprihatinan Najib Razak dalam konteks ini khususnya berhubung keperluan segera bagi inisiatif seumpamanya.Sehubungan dengan itu Malaysia telah diiktiraf sebagai antara negara Islam yang mempunyai strategi pembangunan mengagumkan dan terbuka, kini menjadi pusat rujukan dan contoh bagi dunia Islam.