Florence Nightingale: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
png->jpg for better rendering (GlobalReplace v0.6.0)
Jeluang Terluang (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[Fail:Florence Nightingale.jpg|thumb|Florence Nightingale]]
'''Florence Nightingale''', [[Order of Merit|OM]] ([[12 Mei]] [[1820]] – [[13 Ogos]] [[1910]]), yang dikenali sebagai ''Wanita dengan Pelita'', adalahialah perintis kepada [[jururawat|kejururawatan]]. Dia juga terkenal sebagai [[ahli statistik]].
 
Florence Nightingale dilahirkan dalam keluarga berada British di [[Florence]], [[Itali]] dan membesar sebagai wanita yang menawan dan periang, yang mempunyai masa depan yang cerah. Didorong oleh apa yang dianggapnya panggilan tuhan, dia membuat keputusan memasuki bidang kejururawatan pada tahun 1845. Keputusan ini menimbulkan kemarahan dan kesedihan keluarganya. Ini kerana pada masa itu, jururawat tidak mempunyai reputasi yang baik (kebanyakan jururawat adalahialah wanita miskin), dan wanita British daridaripada keturunan berada sepertinya, dijangka menjadi isteri yang patuh.
 
Sumbangan Florence Nightingale yang paling terkenal adalah semasa [[Perang Crimea]]. Hatinya tersentuh mendengar berita penderitaan tentera yang tercedera dan terbiar dalam hospital yang kotor. Bersama-sama dengan 38 [[jururawat]] lain, Florence Nightingale pergi ke Scutari (kini di terletak Istanbul). Florence yang mempercayai [[teori penyakit Miasma]] <ref>[http://www.ph.ucla.edu/epi/snow/1859map/cholera_prevailingtheories_a2.html BRIEF HISTORY DURING THE SNOW ERA (1813-58)] </ref> <ref>[http://www.ibms.org/pdf/pdf_science/william_farr.pdf Who was William Farr?]</ref> <ref>[http://www.scpub.org/data//files/revinfdischron-9694.pdf Development of the Germ Theory of
Disease]</ref> menghidupkan kembali konsep penjagaan kebersihan [[hospital]] dan kaedah jagaan oleh jururawat. Dia memberi penekanan kepada pemerhatian teliti dan peka kepada keperluan pesakit.
 
Walau bagaimanapun, jumlah tentera yang meninggal di hospitalnya tidak menurun, justeru sebaliknya meningkat. Kebanyakannya akibat jangkitan [[tifus]], [[demam kepialu]], [[penyakit Taun]] dan [[disenteri]], dan bukan akibat cedera perang. Siasatan pada 1855 menyimpulkan kematian tersebut akibat kebersihan sekeliling (''sanitasi'') yang kurang baik. Florence Nightingale membantu pesakit-pesakit menjadi lebih selesa sebelum kematian mereka, tetapi gagal menyembuhkan mereka.
 
Di Barat, Florence Nightingale ditonjolkan sebagai orang yang pertama memberi penekanan kepada kebersihan di hospital, sedangkan konsep yang sama telah lama diamalkan di negara Islam. Sebagai contoh, pakar perubatan [[Al-Razi]] telahpun menyedari mengenai pentingnya kebersihan, seperti yang dapat dilihat dalam pemilihan tapak hospital Audidi. Al-Razi telah menggantungkan daging yang baru pada beberapa tempat yang dicadangkan sebagai tapak hospital Audidi dan memilih tempat yang daging menjadi busuk paling lambat. Ini membuktikan bahawa konsep kebersihan udara dan tempat telah disedari oleh pakar perubatan Islam masa itu.
Baris 13:
Berbanding dengan hospital yang didirikan semasa pemerintahan Islam sekitar 705-715 AD, hospital barat di zaman Florence Nightingale adalah kotor dan terbiar. Ini menyebabkan ramai pesakit yang menemui ajal akibat jangkitan. Hospital tempat Florence Nightingale bekerja contohnya, walaupun telah dibersihkan, ia tiada sistem pengudaraan dan dibina di atas pembetung yang rosak.
 
Florence Nightingale kembali ke [[England]] sebagai wira pada 7 Ogos [[1857]]. Dia berpindah dari Buckinghamshire ke Piccadilly, London di mana dia jatuh sakit agak teruk pada 1896. Dia meninggal dunia pada 13 Ogos [[1910]]. Penawaran pengebumian di [[Westminster Abbey]] telah ditolak oleh saudaranya, dan dia dikebumikan di tanah perkuburan ''St. Margaret Church'' di [[East Wellow]], England.
 
== Rujukan ==