Din Beramboi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 60:
 
[[Fail:Dinberamboi(Cari Makan).jpg|right|thumb|Album Din Beramboi Cari Makan.]]
Sebagai artis suara latar, Din sempat menghasilkan album celoteh bersama [[Aznil Nawawi]] berjudul ''Sawancara Aznil Dengan Din'' yang diterbitkan oleh Kirabagus edaran [[PONYCANYON Music|PonyCanyon]] pada tahun 2000. Selepas itu pada 2002, beliau tampil dengan album ''Din Beramboi Cari Makan'' yang memuatkan lagu dan [[sketsa]], terbitan Broadway.<ref name=utusan/>
 
Sepanjang dasawarsa 2000-an, Din banyak terlibat dalam bidang lakonan filem dan televisyen. Antara filem-filemnya termasuk ''[[Baik Punya Cilok]]'' dan ''[[Los dan Faun]]''. Din pernah berkata dia sering menerima tawaran berlakon di bawah arahan Afdlin Shauki atau berlakon bersama pengarah itu "kerana cara mereka berlawak hampir serupa."<ref name=utusan/> Pada tahun 2005, Din melakonkan watak bapa kepada watak [[Ning Baizura]] dalam video muzik "[[Awan yang Terpilu]]", antara watak-watak serius yang jarang dilakukannya.<ref name=utusan/> Setahun berikutnya, beliau berlakon dalam siri TV kanak-kanak ''[[Afi dan Abah]]'', salah sebuah drama tempatan terawal [[Astro Ceria]] sewaktu dilancarkan pada tahun 2006, menerusi watak Pak Rahim, penyelia kepada bapa Afi.