Ujian Pencapaian Sekolah Rendah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 1:
'''Ujian Pencapaian Sekolah Rendah''' ('''UPSR''', dahulunya '''Ujian Penilaian Sekolah Rendah''') merupakan program pengujian untuk menilai pencapaian [[kognitif]] pelajar di akhir [[Pendidikan Malaysia#Pendidikan rendah|sekolah rendah di Malaysia]] dan diambil oleh pelajar-pelajar di akhir Tahun Enam [[pendidikan rendah]].
 
UPSR diperkenalkan pada tahun 1987 bagi menggantikan Peperiksaan Penilaian Darjah Lima. Pada tahun 1995, format Matematik diubah dengan memperkenalkan soalan subjektif. Pada tahun 2001, penilaian termasuk kerja sekolah calon. Pada tahun yang sama, subjek Sains telah diperkenalkan di dalam kertas peperiksaan UPSR, juga melibatkan amali Sains. Dan pada tahun 2016, kertas Bahasa Inggeris dipecahkan kepada 2 kertas berasingan, iaitu kertas Pemahaman (terdapat 2 bahagian, Section A (objektif) dan B (subjektif)) dan kertas Penulisan. Calon yang mengambil UPSR pada 2016 ialah kohort murid pertama yang mengaplikasi KSSR dan juga sistem PBS (Penilaian Berasaskan Sekolah).
 
Ini menjadikan keputusan lulus penuh UPSR adalah 4A/6A (tambahan 2 kertas Pemahaman dan Penulisan untuk sekolah SJKC dan SJKT) (1988-2001), 5A/7A (2001-2015), dan 6A/8A (2016).
 
Pada awalnya, PBS dijangka akan digunapakai melibatkan 40% markah perolehan murid (bermula dari 2011, ketika murid-murid berada di Tahun 1, dan sehingga Tahun 6) dalam penilaian di sekolah, dan 60% adalah dari kertas peperiksaan UPSR itu sendiri. Namun pada saat akhir, pada 2016, Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia memutuskan bahawa keputusan UPSR adalah 100% dari kertas peperiksaan, sekaligus menidakkan penilaian PBS yang telah dibuat selama 6 tahun bermula pada 2011.
 
Objektifnya ialah untuk menilai pencapaian pelajar sekolah rendah dalam kemahiran asas mereka di dalam Sains dan Matematik dan juga bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. UPSR dijalankan berdasarkan [[Kurikulum Standard Sekolah Rendah]] (KSSR).