Jeneral Infantri (Jerman): Perbezaan antara semakan

Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
 
'''Jeneral Infantri''' adalah bekas pangkat [[Jeneral pasukan cawangan]] [[OF-8|OF8]] dalam tentera darat [[Jerman]] ([[Tentera Darat (Empayar Jerman)|Tentera Darat Imperial]], ''[[Reichswehr]]'' dan ''[[Wehrmacht]]'') dan juga dalam [[Tentera Darat Prusia]] dan [[Tentera Darat Austria-Hungary]]. Ia merupakan pangkat Jeneral ketiga tertinggi, berada dibawah [[Generaloberst|Kolonel Jeneral]] dan [[Generalfeldmarschall|Fil Marsyal]]. Ia setaraf dengan [[pangkat tiga bintang]] pada hari ini. Pangkat sama telah diguna pakai oleh [[Angkatan Tentera Finland|Tentera Darat Finland]] ({{lang-fi|Jalkaväenkenraali}}) antara perang dunia.
 
Pegawai kavalri Jerman yang berpangkat setaraf dipanggil ''[[Jeneral Kavalri (Jerman)|General der Kavallerie]]'' dan pegawai didalam pasukan artileri dipanggil ''[[Jeneral Artileri (Jerman)|General der Artillerie]]''. Pada tahun 1935 pihak Wehrmacht menambah beberapa pangkat seperti ''[[General der Panzertruppe]]'' (pasukan kereta kebalarmor), ''[[General der Gebirgstruppe]]'' (pasukan gunung), ''[[General der Fallschirmtruppe]]'' (pasukan payung terjun), dan ''[[General der Nachrichtentruppe]]'' (pasukan semboyan). Di dalam ''[[Luftwaffe]]'', pangkat setaraf ialah ''[[General der Flieger]]''. Pangkat ini pada umumnya dirujuk hanya dalam panggilan ''Jeneral'', tanpa menyatakan secara spesifik pasukan mana jeneral itu memerintah.
 
Dalam angkatan tentera moden [[Republik Persekutuan Jerman|Jerman]], iaitu [[Bundeswehr]], pangkat [[Generalleutnant]] (Leftenan Jeneral) sepadan dengan pangkat tradisi ''General der Infanterie''. Tidak terdapat pangkat setaraf dalam [[Tentera Rakyat Nasional|tentera darat]] [[Jerman Timur]], dimana ia telah digabungkan dengan pangkat [[Generaloberst]].
13,586

suntingan