Rock Bro!: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 26:
 
== Pelakon==
Filem ini merupakan sekualsekuel akhir bagi plot perjalanan kumpulan Rimba Bara. Berbekalkan barisan pelakon yang sama iaitu Khir Rahman, Pekin Ibrahim, Soffi Jikan, Azmi Baharon dan Kamarul Haji Yusof, ia mengisahkan bagaimana mereka mengharungi  zaman penurunan pengaruh muzik rock tanah air. Que Haidar yang memegang watak Amy Mat Piah tidak menyertai filem tersebut atas faktor komitmen lain. Namun terdapat ''Cameo'' dalam babak awal filem. Ketiadaan watak Amy Mat Piah agak memberi impak kepada teman seperjuangan serta penonton yang mengikuti sekualsekuel tersebut daripada filem rock yang pertama. Khir Rahman cuba memujuk Que untuk menjayakan filem tersebut namun menghormati keputusan yang telah dibuat.
 
“Sejujurnya saya terkilan kerana mereka yang berlakon bersama sejak filem Rock pertama tidak dapat turut serta pada kali ini. Namun perasaan itu wujud bukan bagi membangkitkan aura negatif. Saya dan Que rapat ibarat adik beradik malah kami ada berbincang mengenai perihal pembikinan Rock Bro hingga tidak sedar perbualan itu memakan masa lapan jam. Dari situ saya mula memahami situasi dan prinsipnya. Filem Rock Bro memberi sentuhan peribadi dalam diri. Kami saling menyokong karakter masing-masing menerusi filem sebelum ini. Cuma lebih manis dan penuh nostalgia jika mereka ada bersama untuk filem terakhir ini”. <ref>http://www.bharian.com.my/node/197241</ref>