Rock Bro!: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 30:
“Sejujurnya saya terkilan kerana mereka yang berlakon bersama sejak filem Rock pertama tidak dapat turut serta pada kali ini. Namun perasaan itu wujud bukan bagi membangkitkan aura negatif. Saya dan Que rapat ibarat adik beradik malah kami ada berbincang mengenai perihal pembikinan Rock Bro hingga tidak sedar perbualan itu memakan masa lapan jam. Dari situ saya mula memahami situasi dan prinsipnya. Filem Rock Bro memberi sentuhan peribadi dalam diri. Kami saling menyokong karakter masing-masing menerusi filem sebelum ini. Cuma lebih manis dan penuh nostalgia jika mereka ada bersama untuk filem terakhir ini”. <ref>http://www.bharian.com.my/node/197241</ref>
 
Hasnul Rahmat juga tidak menyertai pembikinan filem ini dan watak Zack dibawa oleh [[Isma Daniel]] yang mana beliau menggalas watak Zack yang sudah berusia. Watak Ratu rock Malaysia, [[Nor Zila binti Haji Aminuddin|Ella]] dilakonkan oleh Amy Juliet. Mamat Khalid dalam ulasannya mengenai watak Ella menyebut,
 
“Kita mahu kaitkan industri rock tanah air pada masa lalu turut menampilkan artis rock wanita dan kita mahu penonton mengimbau kenangan lalu bahawa muzik rock turut mempunyai penyanyi rock wanita”. <ref>http://postmetro.net/ella-berlakon-dalam-filem-rock-bro</ref>