'''General der Artillerie''' ([[Bahasa Melayu|bm]]: Jeneral Artileri) boleh dikategorikan:
'''1.''' Sejenis pangkat [[Jeneral pasukan|jeneral cawangan]] [[pangkat tiga bintang|tiga bintang]], setanding dengan gred [[OF-8]] angkatan tentera moden, dalam [[Tentera Darat (Empayar Jerman)|Tentera Darat Imperial]], [[Reichswehr]] atau [[Wehrmacht]] - pangkat tetap kedua tertinggi dibawah [[Generaloberst]]. Pegawai kavalri yang berpangkat setaraf dipanggil ''[[Jeneral Kavalri (Jerman)|jeneral kavalri]]'', dan pegawai infantri yang berpangkat setaraf dipanggil ''[[Jeneral Infantri (Jerman)|jeneral infantri]]''. Pihak Wehrmacht juga mempunyai ''[[General der Panzertruppe]]'' (pasukan armor), ''[[General der Gebirgstruppe]]'' (pasukan gunung), ''[[General der Pioniere]]'' (jurutera), ''[[General der Fallschirmtruppe]]'' (pasukan payung terjun), ''[[General der Nachrichtentruppe]]'' (pasukan semboyan). Pada hari ini dalam [[Bundeswehr]], pangkat [[Leftenan Jeneral]] bersamaan dengan pangkat tradisi jeneral artileri. Tidak terdapat pangkat setara dalam [[Tentera Rakyat Nasional|tentera darat]] [[Jerman Timur]], kerana ia telah digabungkan dengan pangkat Generaloberst.