Zaid Ibrahim: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 95:
 
===Perjudian===
Semasa [[Pilihan raya kecil Hulu Selangor 2010|Pilihan raya kecil Hulu Selangor]], masa lampau beliau dicerca sebagai kaki botol, berjudi, memiliki kuda lumba dan hidup mewah. Lantas beliau mengakuinya ketika masih dalam UMNO. Malahan beliau meminta para menteri UMNO tidak hipokrit, malah patut mengaku pernah terlibat. [[Kuda]] bernama 'Kelantan' bernilai $NZ135,000.00 miliknya cukup bagus dan kini dipelihara di [[Kota Bharu]],[[Kelantan]]. Tentang hartanya, beliau mencabar para menteri turut mengisytiharkan harta masing-masing dan dibuat perbandingan. [[Mustafa Ali]] dari [[PAS]] mempertahankan beliau dengan mengambil iktibar daripada Khalifah [[Umar Al-Khattab]] dan panglima Islam [[Khalid bin al-Walid]].<ref>[http://www.malaysiakini.com/news/129791 "Tan Sri Muhyiddin persenda moral", kekayaan Zaid]</ref> Kuda adalah sejenis sukan dan ramai raja-raja Melayu mempunyai kuda. Blog Pisau.net mendedahkan Zaid menyimpan pelbagai arca kuda dan gambar lukisan kuda.<ref>[http://www.anwaraidc.com/2010/04/zaid-peminat-nombor-1-kuda.html Zaid peminat nombor 1 'kuda']</ref> Zaid menempelak rakan lamanya yang berjudi dan main [[kasino]] di luar Malaysia dan pernah kalah judi.<ref>[http://www.malaysiakini.com/news/129726 Dakwaan kaki arak, judi - Zaid tak saman]</ref>
 
Malaysiakini dalam rencana tanpa nama melaporkan bahawa Zaid mengkritik kerajaan [[Melaka]] dalam pelaksanaan pembenterasan aktiviti perjudian di Melaka. Beliau mengaitkan bahawa pemimpin Islam hipokrit dalam hal ini. Menurutnya lagi, jangan menghukum orang yang berjudi sepertinya.<ref>[http://www.malaysiakini.com/news/247934 Zaid: Pemimpin hipokrit halang Muslim berjudi]. Malaysiakini. Capaian 30-11-2013</ref>