Mid Valley Megamall: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
→‎Trivia: bilik
Miejohnson (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 19:
'''Mid Valley Megamall''' ialah kompleks seluas 4.5 juta kaki persegi (420,000 m²) yang terdiri daripada [[pusat beli-belah]], blok bangunan pejabat, 30 pejabat khusus dan 2 buah [[hotel]] yang terletak di [[Kuala Lumpur]], [[Malaysia]]. Pusat ini dibuka pada November [[1999]]. Mid Valley juga bersambung dengan sebuah lagi pusat membeli belah terkemuka iaitu [[The Gardens]].
 
Mid Valley Megamall mempunyai 430 ruangan kedai dalam lima setengah aras, termasuk lima penyewa utama termasuk [[ÆON BiG]], [[ÆON]], [[Golden Screen Cinemas]], [[Metrojaya]] dan [[Harvey Norman]]. Mid Valley juga menempatkan [[pawagam]] 1821 dewan, pusat [[boling]] yang canggih, sebuah One-Stop IT Centre, dua medan selera dan cawangan [[MPH Bookstores]] yang besar.
 
Mid Valley mempunyai pusat konvensyen berkeluasan 48,300 kaki persegi (4,500 m²) yang didirikan berdekatan [[hotel]] saudagar 646 bilik bernama Cititel dan 30 unit pejabat khusus 11 tingkat. Sebuah hotel kedua, Boulevard, yang dibuka pada pertengahan 2005, mempunyai 390 bilik. Mega Mall ialah sebuah komponen penting Mid Valley City, salah satu projek pembangunan bandar terbesar di negara, dna juga diberi Best Shopping Complex Award [[2000]] oleh [[Tourism Malaysia]] dan Best Retail Development Award 2001 oleh FIABCI Malaysia. Oleh yang demikian, Mid Valley Megamall menjadi salah sebuah tumpuan pelancongan utama di Malaysia.