Ruud Gullit: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Baris 58:
Setibanya Gullit di Milan, beliau pada mulanya sukar untuk menetap di sana kerana beliau tidak fasih bertutur bahasa Itali.<ref>Ruud Gullit, My Autobiography, p49</ref> Namun, musim pertama Gullit di Milan menyaksikan kelab ini merangkul kejuaraan [[Serie A|Scudetto]] buat pertama kali dalam masa sembilan tahun di bawah kendalian [[Arrigo Sacchi]]. Beliau pada mulanya digunakan di posisi sayap kanan bersama trio di bahagian serangan iaitu Van Basten dan [[Pietro Paolo Virdis|Pietro Virdis]] tetapi selepas beliau mengalami kecederaan, bahagian serangan diubah menjadi dua pemain. Pada musim berikutnya, Milan mencatat kejayaan [[Liga Juara-Juara Eropah|Piala Eropah]]. Selepas membenam [[Real Madrid C.F.|Real Madrid]] 5-0 pada aksi separuh akhir pertama, Gullit mengalami kecederaan dan menjalankan pembedehaan supaya pulih sepenuhnya untuk perlawanan akhir. Pada perlawanan akhir, mereka melakar kemenangan 4-0 ke atas [[FC Steaua Bucureşti|Steaua Bucharest]] pada tahun 1989 dan Gullit menjaringkan dua gol penting. Pada tahun berikutnya, Milan berjaya mengekalkan kejuaraan dengan menewaskan [[S.L. Benfica|Benfica]] pada perlawanan akhir. Walau bagaimanapun, kecederaan serius menyebabkan masa bermain Gullit terhad dan beliau hanya beraksi dua perlawanan piala domestik sebelum tampil pada aksi final ketika musim 1989-90.
 
Pada musim 1990–91, kejuaraan hatrik Piala Eropah Milan tidak kesampaian apabila tersingkir di tangan [[Olympique de Marseille|Marseille]] di peringkat suku akhir. Selepas terikat 1-1 di [[San Siro]], perlawanan ditunda selepas dua dari empat lampu stadium gagal berfungsi. Selepas lampu dipulihkan selama 15 minit, pasukan Milan menolak untuk kembali ke padang lalusekali gus UEFA menganugerahkan kemenangan 3-0 kepada Marseille lalu menggantung Milan untuk beraksi ke kejohanan Eropah pada musim berikutnya.
 
Di peringkat domestik, Milan meneruskan pendominasinya dengan meraih [[Serie A]] pada musim 1991-92 (rekod tanpa kalah dalam saingan liga) dan 1992-93. Gullit turut tidak dapat beraksi pada perlawanan akhir [[Piala Eropah 1992-93|Piala Eropah 1993]] selepas peraturan UEFA yang hanya membenarkan tiga pemain asing beraksi di dalam stadium.