Sultan Abdul Hamid Halim Shah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Jeluang Terluang (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 13:
| place of death =
|}}
'''Sultan Sir Abdul Hamid Halim Shah Ibni Al- Marhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah''' [[KCMG]] (1911) ialah [[Sultan Kedah]] yang ke-25. Baginda memerintah selama 61 tahun antara tahun [[1882]] sehingga [[1942]], iaitu daridaripada pemindahan pertuanan [[Thailand|Siam]] kepada pihak [[British]] sehingga peralihan beransur-ansur daridaripada sistem [[pemerintahan beraja]] kepada sistem [[raja berperlembagaan]].
 
== Pemerintahan antara 1882 - 1910 ==
Kedah merupakan satu [[negeri lindungan]] Siam dan pihak British mempunyai tapak di [[Pulau Pinang]] dan beberapa bahagian di tanah besar yang bersebelahan pada tahun-tahun akhir [[abad ke-19]]. Oleh itu, ketika Sultan Hamid naik takhta pada tahun 1882 pada umur 19 apabila abangnya Zainul Rashid mangkat, baginda berada dalam keadaan yang tidak menyenangkan disebabkan dikehendaki menghadapi dua kuasa asing, setiapnya dengan niat masing-masing. Pertabalan baginda disahkan oleh [[Raja Chulalongkorn]], sebagai Dipertuan pada [[21 Januari]] [[1882]]. Sultan Hamid mempunyai hubungan yang mesra dengan Raja itu, tetapi kenyataannyakenyataan [[politik]] antarabangsaantarabangsanya penuh dengan kepayahan, dan ini ditemuidiketahui Sultan Hamid tidak lama kemudian.
 
Pada tahun [[1895]], Raja Chulalongkorn menganugerahkan Sultan dengan Darjah Kebesaran Gajah Putih Kelas Pertama dengan gelaran ''Chao Phya Saiburi'' dan kemudiannya gelaran tambahan untuk ''Phya Riddisongkram Ramabhakti''. Raja Chulalongkorn juga menghantar dua orang anak lelaki Sultan Hamid ke [[Eropah]] untuk melanjutkan [[pendidikan]] mereka. Tunku Yusuf kemudian berkhidmat kepada Raja Chulalongkorn ketika kepulangannya, dan Tunku Badlishah tinggal di Siam untuk satu tempoh yang singkat selepas memperoleh ijazah [[ekonomi]]nya daridaripada [[Universiti Oxford]].
 
Hubungan yang baik dipeliharakan antara kedua-dua negera, dengan Kedah menghadiahkan [[ufti]] dalam bentuk "Bunga Emas dan Perak" setiap tiga tahun kepada Istana Siam di [[Bangkok]] sebagai tanda untuk pertuanan Siam. Sehingga kemangkatannya pada tahun [[1910]], Raja Chulalongkorn menunjukkan kasih sayang terhadap Sultan Hamid dan sangat menghormati baginda.
 
Sultan Hamid membuat empat lawatan ke Siam pada tahun [[1890]], [[1892]], [[1895]] dan [[1903]]. Sebaliknya, Raja Chulalongkorn melawat Kedah pada tahun [[1874]], [[1890]], [[1896]] dan [[1904]]. Bagaimanapun, menurut himpunan surat Sultan Hamid, Raja Chulalongkorn hanya membuat satu lawatan ke Kedah pada tahun 1890.
 
Dari masa naik takhta Sultan Hamid pada tahun 1882 sehingga [[1905]], Siam tidak campur tangan dalam pentadbiran dalam negeri baginda. Bagaimanapun, negeri Kedah mengalami krisis kewangan (antaranya akibat perkahwinan putera baginda Raja Muda Tunku Ibrahim selama 3 hari dan pinjaman ceti) pada tahun 1905, dan terpaksa meminjam wang sebanyak $2,500,000 daripada Siam. Pinjaman diberikan dengan syarat bahawa seorang Penasihat Kewangan dari istana Siam diterima oleh Kedah, dan sebuah Majlis Negeri ditubuhkan untuk membantu Sultan dalam pentadbiran semua hal ehwal awam. Pinjaman itu sebenarnya daripada [[Negeri-Negeri Selat]], dan penasihat kewangan tersebut ialah seorang British bernama WJF Williamson.
Baris 30:
Pada tahun 1909, sebagai satu langkah strategi untuk melindungi kemerdekaan Siam daripada kuasa-kuasa asing yang terbesar (British dan Perancis), Raja Chulalongkorn memeterai [[Perjanjian Inggeris-Siam 1909|satu perjanjian]] yang memindahkan hak pertuanan Siam terhadap negeri-negeri Melayu di utara, iaitu [[Perlis]], [[Kedah]], [[Kelantan]] dan [[Terengganu]] kepada [[United Kingdom|Britain]]. Ini dilaksanakan tanpa sebarang persetujuan daripada sultan-sultan Melayu. Perbuatan ini melukai hati Sultan Hamid, dan baginda dikatakan bertitah: "Beta boleh mengampunkan Pembeli tetapi Beta tidak boleh mengampunkan Penjual".
 
Namun pada 1910, Sultan Abdul Hamid masih lagi menghantar bunga emas kepada Siam seperti biasa. Pada tahun 1910 juga Sultan menghantar 2dua pokok bunga emas kepada [[Edward VIII dari United Kingdom|Raja Edward VII]] di London sebagai tanda persahabatan.
 
== Kehidupan peribadi ==
Hidup peribadi Sultan Hamid diceritakan dalam buku Datuk James F. Augustine, "''Kenangan Masa Lampau Kedah''".
 
Walaupun Sultan Hamid menjadi seorang penyendiri pada tahun-tahun akhirnya, baginda masih sedar akan apa-apa yang berlaku. Baginda seorang Islam yang warak, dan selalu dilihat berjalan-jalan atau duduk di dalam [[lanca]] yang ditarik oleh pengiringnya dekatbedekatan Istana Kampung Bahru pada setiap pagi. Baginda kekadangkadang-kadang berjalan di hadapan lancanya semasa berdoa dengan membilang buah tasbih.
 
Makanan Sultan Hamid disediakan oleh seorang tukang masa Cina dan baginda tidak makan banyak. Baginda cemerlang dalam permainan [[biliard]] dan bermain hampir setiap hari di dalam bilik biliard peribadinya.
Baris 43:
Sebagai kebiasaan, ahli-ahli kerabat diraja dan pegawai-pegawai kerajaan kanan akan mengunjungi Sultan Hamid pada [[Hari Raya]] di Istana Kampung Bahru. Pelawat-pelawat akan disambut di bilik tamu di tingkat atas. Ketika menunggu kemunculan Sultan, [[cerut]] akan dibahagi-bahagikan dan sapu tangan dipercikkan dengan [[minyak wangi]]. Sultan Hamid tidak banyak bertitah pada masa-masa seperti itu dan tidak lama kemudian, baginda akan berangkat.
 
Pada petang hari keputeraan Sultan Hamid, sebuah majlis akan diadakan di kawasan Istana. Baginda akan menghadiri majlis ini dan berjalan-jalan dengan diiringi oleh sekaki payung kuning. Tanda kebesaran kerajaan ini menimbulkan satu peristiwa ketika Kelab Gymkhana Kedah mengadakan mesyuarat pertamanya di [[Alor Star]]. Sultan Iskandar dari Perak sedang berjalan-jalan di halaman dengan payung dirajanya ketika Sultan Abdul Hamid termunculmuncul tanpa disangka. Sultan Hamid telah turun dari petak diraja untuk berjalan-jalan diiringi oleh payungnya. Sultan Iskandar dengan segara memerintah pembawa payungnya untuk menutup payung. Ini merupakan contoh yang ketara tentang sopan-santun dan protokol.
 
== Keluarga ==
Sultan Abdul Hamid berkahwin sebanyak 8 kali, mempunyai 45 anak dan 92 cucu. Antara isterinya ialah [[Cik Menyelara]], Che Sofiah, Sharifah Fatimah binti Syed Idrus, Sharifah Seha binti Syed Hussein, Che Spachendra, Sharifah Mariam dan Che Laraseh. Putera Sultan yang ketujuh dan anak ke-20nya20-nya dengan Cik Menyelara ialah [[Tunku Abdul Rahman]], yang lahir ketika baginda berumur 39 tahun. Penggantinya, Sultan Badlishah pula merupakan anaknya dengan Che Sofiah.
 
== Pautan luar ==