Black Power: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Dekoelie (bincang | sumb.)
Dekoelie (bincang | sumb.)
Baris 89:
===Kesan terhadap seni dan budaya===
[[File:Three Proud People.jpg|thumb|250px|Mural ''<nowiki/>'Three Proud People' di'' [[Newtown, New South Wales|Newtown]] yang menunjukkan kejadian tabik ''Black Power'' semasa acara Olimpik Musim Panas 1968. ]]
Gerakan ''Black Powe''r telah melahirkan produk seni dan kebudayaan yang merangkum semangat nasionalisme kulit hitam dan identiti kontemporari Afrika-Amerika. Selain menjadi revolusi politik, ''Black Power'' juga dilihat sebagai revolusi budaya yang ingin mengetengahkan keunikan budaya Afrika-Amerika kepada masyarakat Amerika yang didominasi oleh budaya masyarakat kulit putih selama ini. Black Power menggunakan wadah puisi, prosa dan drama untuk mencapai tahap penghakikian diri masyarakat mereka di Amerika.<ref>Van DeBurg, ''New Day in Babylon'' (1992), p. 192.</ref> Penekanan terhadap budaya kulit hitam yang distingtif dilakukan dengan tujuan untuk mengetengahkan jurang perbezaan budaya yang wujud di antara masyarakat kulit putih dan hitam yang selama ini sering diperlekehkan. Pada umumnya, gerakan ini berjaya melawan ketuanan budaya orang putih dan membuka jalan kepada fahaman pelbagaikerencaman budaya yang kini adawujud di Amerika hari ini.
 
Konsep "''soul''" (jiwa) yang dipelopori gerakan ''Black Power'' ini tercetus daripada keinginan orang kulit hitam untuk membina jati diri mereka sendiri.<ref>Van DeBurg, ''New Day in Babylon'' (1992), p. 195.</ref> Cara meluahkan konsep penjiwaan (''soulfulness'') ini ialah dengan menunjukkan rasa kurang berminat atau menyendiri terhadap tampuk kuasa yang wujud di dalam masyarakat. Luahan ini juga ditonjolkan melalui postur dan cara bersalaman yang berbeza dengan amalan orang kulit putih. Cara berpakaian juga merupakan sesuatu yang sengaja dibezakan dan menjadi ekspresi ''Black Power'' pada tahun 1960-an dan 70-an. Gerakan ini berjaya memberikan definisi kecantikan untuk orang kulit hitam dalam sebuah masyarakat yang banyak terpengaruh oleh standard orang putih. Seperti yang diungkapkan oleh [[Stokely Carmichael]] pada tahun 1966, "Kita harus berhenti malu menjadi orang kulit hitam. Hidung yang kembang, bibir yang tebal dan rambut yang kerinting ialah identiti kita dan dianggap cantik walaupun mereka (orang kulit putih) menyukainya atau tidak." <ref>Van DeBurg, ''New Day in Babylon'' (1992), p. 201.</ref> Stail rambut "Afro" digayakan sebagai lambang kesatuan dan menjadi kebanggaan masyarakat itu. Walaupun perkara ini tidak lagi mempunyai pengaruh yang besar terhadap gaya dan fesyen masyarakat kulit hitam hari ini, ia berjaya mempengaruhi sebuah standard kecantikan yang lebih rencam di negara itu.<ref>Van DeBurg, ''New Day in Babylon'' (1992), p. 194.</ref>