Black Power: Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 45:
{{terjemahan}}
Walaupun gerakan Black Power tidak menyelesaikan masalah politik yang dialami masyarakat kulit hitam pada tahun 1960-an dan 1970-an, gerakan ini telah menyumbang kepada kesedaran politik di kalangan masyarakat kulit hitam di Amerika.
Konvensi ''National Black Political Convention'' yang berlangsung dari 10–12 Mac 1972 merupakan peristiwa penting dalam membangkitkan kesedaran politik ini. Acara yang dianjurkan di [[Gary, Indiana]] ini unik kerana tidak dihadiri oleh seorang pun wakil daripada masyarakat kulit putih. Hal ini dikritik oleh Roy Wilkins dari pertubuhan NAACP yang memperjuangkan integrasi. Persidangan ini telah mencapai kata putus dalam beberapa perkara, antaranya, kepentingan melantik wakil-wakil kulit hitam ke Dewan Kongres, mengawal pentadbiran sekolah, insurans kesihatan nasional dan sebagainya. Walaupun agenda mereka tidak menyebabkan sebarang perubahan dasar negara pada masa itu, ia berjaya melahirkan semangat hak untuk menentukan nasib mereka sendiri.
==="Hitam itu cantik"===
|