Gordon Ramsay: Perbezaan antara semakan

k
kTiada ringkasan suntingan
Akibat kecederaan pada lututnya, Ramsay cuba berkecimpung dalam bidang memasak. Pada usia 19 tahun, beliau mendaftarkan di North Oxfordshire Technical College dengan tajaan [[Kelab Rotary]] untuk menuntut dalam bidang pengurusan hotel. 
 
Pada awal tahun 1980-an, Ramsay bekerja sebagai ''commis chef'' di Wroxton House Hotel dan kemudian dilantik untuk mengurus dapur dan ruang makan untuk 60 orang di Wickham Arms. Namun, hubungan seksualnya dengan isteri pemilik restoran itu memaksanya untuk meninggalkan pekerjaan itu. Ramsay kemudian berpindah ke London dan telah bekerja dalam beberapa restoran sehingga beliau bekerja di bawah cef terkenal Marco Pierre White di restoran Harveys.
 
Setelah bekerja di Harveys selama dua tahun, Ramsay berasa jemu dengan sikap panas baran Cef White dan memutuskan untuk memajukan kerjayanya dengan belajar memasak [[masakan Perancis]]. White tidak menggalakkan Ramsay untuk bekerja di Paris tetapi menyuruhnya untuk bekerja dengan Cef Albert Roux di restoran Le Gavroche di [[Mayfair]]. Setelah bekerja di Le Gavroche selama setahun, Albert Roux menjemput Ramsay untuk bekerja dengannya di Hotel Diva, sebuah kawasan peranginan luncur salji di French Alps sebagai pembantunya.  Dari sana, Ramsay berpindah ke Paris untuk bekerja dengan Guy Savoy dan Joël Robuchon, kedua-duanya cef berbintang Michelin. Dalam rancangan Master Chef musim ke-3, Ramsay menyatakan bahawa Savoy ialah mentornya. Ramsay meneruskan latihannya  di Perancis selama tiga tahun, sebelum berhenti kerana berasa tertekan. Ramsay kemudian bekerja sebagai cef peribadi di atas kapal layar, ''Idlewild,'' di [[Bermuda]].
6,738

suntingan