Perbezaan antara semakan "Sunda"

17 bait ditambah ,  12 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
 
==Bahasa==
Bahasa Sunda digunakan oleh lebih kurang 27 juta orang dan merupakan bahasa kedua paling banyak digunakan di Indonesia selepas Bahasa Jawa. Bahasa ini ditutur oleh mereka di bahagian selatan [[Provinsi Banten]] dan di kebanyakan tempat di Jawa Barat. Di Jawa Tengah, bahasa Sunda digunakan di daerah Brebes selatan dan Cilacap utara.
 
Ada terdapat beberapa dialek dalam bahasa Sunda, dari dialek Sunda-Banten ke dialek Sunda-Jawa Tengahan yang mencampurkan banyak elemen daripada bahasa Jawa. Beberapa dialek yang jelas kedengaran adalah:
* Cirebon.
 
Disebabkan pengaruh budaya Jawa semasa pemerintahan [[Kesultanan Mataram]], bahasa Sunda, terutama sekali di kawasan Parahyangan, memiliki beberapa lapisan bermula dengan bahasa paling rasmi, atau versi "halus", hingga ke cara penuturun harian yang dipanggil versi "loma" atau "lancaran". Namun di kawasan-kawasan pergunungan dan di Banten, versi "loma" paling banyak digunakan tetapi cara pertuturun "loma" ini dianggap kasar oleh mereka yang berasal dari [[Bandung]]. Di Jawa Barat, bahasa Sunda banyak digunakan di daerah Cilacap.
 
[[Category:Suku kaum di Indonesia]]
Pengguna awanama