Abdul Kadir Yusof: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 44:
'''Tan Sri Abdul Kadir Yusuf'''<ref>[http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0420&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_04.htm Koleksi buku Kadir, Fatimah diserah kepada perpustakaan], dicapai pada [[1 Disember]] [[2016]]</ref> ([[1917]]-[[1992]]) adalah seorang ahli [[politik]] [[UMNO]], [[Malaysia]] yang terkenal.
 
Beliau dilahirkan di Parit Sakai, [[Muar]], [[Johor]] pada tahun [[1917]]. Sepanjang hayatnya beliau pernah memegang jawatan sebagai ahli dalam [[Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu]] (UMNO) dan [[Barisan Nasional]], Menteri Undang-Undang ([[1974]]-[[1978]]) dan [[Peguam Negara Malaysia|Peguam Negara]] ([[1963]]-[[1977]]) dan Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah ([[1978]]-[[1982]]).
 
==Pendidikan==
Baris 64:
==Meninggal Dunia==
Tan Sri Abdul Kadir telah kembali ke Rahmatullah akibat [[barah peparu]] pada tahun [[1992]] di [[Kuala Lumpur]]. Jenazah beliau dimakamkan di [[Makam Pahlawan]] di perkarangan [[Masjid Negara]], Kuala Lumpur.
 
==Yayasan==
'''Yayasan Kadir & Fatimah''' menganugerahkan Anugerah Pingat Emas Tan Sri Abdul Kadir kepada Fakulti Undang-Undang, [[Universiti Islam Antarabangsa Malaysia]] bagi Graduan Terbaik Pengajian Undang-Undang [[Syariah]] dan juga kepada Fakulti Undang-Undang, [[Universiti Kebangsaan Malaysia]] bagi Graduan Terbaik Pengajian Undang-Undang. Anugerah tersebut juga diberikan kepada Penuntut Terbaik peperiksaan Undang-Undang Perakaunan bagi ''Chartered Public Accountant''.
 
Yayasan ini juga telah menganugerahkan Pingat Tun Fatimah kepada graduan wanita yang paling aktif dalam aktiviti kemasyarakatan buat pertama kalinya pada tahun [[2007]]. Ianya adalah anugerah tahunan khas buat para graduan wanita dari [[Universiti Malaya]], [[Universiti Teknologi Mara]] dan [[Universiti Teknologi Malaysia]].
 
==Legasi==
* Dewan Tan Sri Abdul Kadir di [[Jabatan Peguam Negara Malaysia]], [[Putrajaya]]
* Perpustakaan Tan Sri Abdul Kadir Yusuf di [[Seremban]], [[Negeri Sembilan]]
* Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Abdul Kadir di [[Mersing]], [[Johor]]
* Sekolah Agama Tan Sri Abdul Kadir di [[Endau]], [[Johor]]
 
==Rujukan==