Sri Andalas: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 42:
==Ringkasan==
 
Mengisahkan Sultan Inderapura ([[Ahmad Nisfu]]) dari Kerajaan Inderapura yang baharu kemangkatan permaisuri sulung. Baginda jatuh gering dan keadaannya dijaga oleh permaisuri kedua (bonda tiri) baginda ([[Normadiah]]). Sewaktu gering, baginda sempat mengarahkan Putera Mahkota Tengku Andalas ([[Ahmad Mahmud]]) segera mencari kekandanya Tengku Laksamana yang merajuk lalu meninggalkan istana sejak sekian lama. Permaisuri kedua mempunyai muslihatnya sendiri, apabila baginda Sultan sudah sihat telah diadakan majlis keramaian dimana dianugerahkan pingat kebesaran kepada pembesar-pembesar negeri dan dimashyurkan permaisuri kedua sebagai Permaisuri Inderapura yang baharu. Akibat termakan budi, semua permintaan akan ditunaikan oleh baginda Sultan. Bonda tiri meminta agar jawatan Putera Mahkota Tengku Andalas dilucutkan dan jawatan itu diserahkan kepada anakandanya, Tengku Teruna Jaya ([[Ed Osmera]]). Baginda terkejut tetapi baginda Sultan terpaksa menurutinya. Tengku Andalas menurutkannya sahaja dan di hari pertabalan Tengku Teruna Jaya sebagai Tengku Mahkota yang baharu telah berlaku penderhakaan di dalam istana yang rata-ratanya pengikut setia Tengku Andalas. Tengku Andalas sanggup dan bersetuju untuk menjawat jawatan Datuk Temenggung sahaja agar tidak berlaku pertikaian dalaman. Tetapi Datuk Panglima ([[S. Kadarisman]]) juga tidak bersetuju dengan perlantikkan ini. Beliau sanggup menjadi penderhaka baginda tetapi beliau telah dinasihati oleh Tengku Andalas dan Datuk Mangkubumi ([[Shariff Dol]]) agar menarik balik niatnya tersebut. Sementara itu, permaisuri telah menggunakan ilmu hitam dengan seorang dukun ([[Udo Omar]]) untuk menundukkan suaminya agar dia dapat menjalankan muslihatnya dengan jayanya.
 
Datuk Panglima terus memasang niat untuk menjadi penderhaka dan sanggup membunuh Tengku Teruna Jaya tetapi dilarang oleh Tengku Andalas. Selepas bersantap, malam harinya Tengku Andalas telah ditikam dan dihanyutkan ke dalam sungai dan disahkan meninggal dunia. Akibat terkejut mendengar perkhabaran tersebut, baginda Sultan juga meninggal dunia di malam itu juga. Selepas urusan pengebumian baginda, Tengku Teruna Jaya dilantik menjadi Sultan Inderapura yang baharu. Datuk Panglima dan pengikutnya tidak mengiktiraf perlantikkan tersebut. Rupa-rupanya pembunuhan Tengku Andalas tidak disengajakan kerana tujuan asalnya adalah untuk membunuh Datuk Panglima tetapi mereka tersalah membunuh iaitu Tengku Andalas. Datuk Karma ([[M. Rafee]]) menerima arahan dari Permaisuri untuk membunuh Datuk Panglima. Pembunuhan dijalannkan oleh Nadim dan rakannya. Nadim dan rakannya tidak mahu bersubahat dengan pembunuhan ini yang menyebabkan rakannya telah dibunuh oleh Datuk Karma. Nadim sempat melarikan diri dan mengadukan perkara ini kepada baginda Sultan. Datuk Karma telah ditangkap dan dibicarakan dan akhirnya beliau disabitkan bersalah lalu dijatuhkan hukuman bunuh. Datuk Karma mati ditikam oleh Datuk Panglima. Sebelum beliau meninggal dunia, Datuk Karma sempat memberitahu pembunuhan ini adalah dari arahan Permaisuri.
 
Untuk menjadi seorang Sultan yang adil, baginda sungguh kecewa dengan tindakan ibunya. Lalu baginda menjatuhkan hukuman memenjarakan permaisuri sehingga hukuman akhir dimuktamadkan. Manakala Nadim juga dihukum bunuh.
 
==Pelakon==