Sri Andalas: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 54:
Sementara itu, penduduk kampung Desa Kiban telah menjumpai Andalas terapung disungai. Andalas diselamatkan sehingga dia pulih sediakala. Apabila tersedar dari pengsan, dia sempat memberitahu tentang keadaannya kepada tok ketua ([[Malek Sutan Muda]]) sebelum dihanyutkan di sungai. Andalas menyatakan namanya adalah Putera dan sempat bertanyakan kampung Desa Kiban dibawah jajahan kerajaaan mana. Tok ketua memberitahu belum ada mana-mana kerajaan ingin menaungi kampung Desa Kiban tersebut tetapi kerajaan yang paling hampir dengan kampungnya adalah kerajaan Inderapura. Putera dirawat oleh anak-anaknya iaitu Mumbang ([[Aziz Jaafar]]) dan adiknya Mayang ([[Sarimah]]) selain itu sepupunya iaitu Melor, ([[Noor Azizah]]), adik keduanya Labu, ([[Ibrahim Pendek]]) dan adik bongsunya Pundor. Mayang telah tertarik hati dengan Putera. Desa Kiban mempunyai seorang orang kaya yang bernama Tedung, ([[Salleh Kamil]]). Dia akan membeli barang dan memberikan hutang kepada orang kampung mengikut masa yang ditetapkan. Jika enggan membayar semula, semua harta orang kampung akan dirampas. Tedung tidak senang duduk dengan kehadiran Putera di Desa Kiban. Tedung cemburu dengan Putera kerana dia juga menaruh hati kepada Mayang. Tedung tidak mahu membeli barang-barang dari orang kampung lagi. Dia mengarahkan agar barang-barang tersebut di jual di rumah Tok ketua, apabila oarang ramai membuat aduan kepada Tok ketua, Putera memberikan cadangan agar hasil tanaman orang kampung di Desa Kiban tidak lagi dijual kepada Tedung. Orang kampung mestilah bergotong royong untuk memajukan perniaagaan di Desa Kiban. Orang kampung bersetuju dan tindakan ini berjaya. Ini membuatkan Tedung menjadi semakin marah dengan tindakan Putera. Tok ketua telah berpakat dengan orang kampung untuk mengahwinkan anaknya Mayang dengan Putera.
 
Selang beberapa bulan kemudian, Datuk Panglima Karma serta pengikutnya tiba di Desa Kiban untuk mencari Andalas yang hilang dan dikhuatiri telah hanyut ke desa tersebut. Labu dan Pundor telah menunjukkan jalan untuk menemui Putera. Datuk Panglima Karma telah menjelaskan perkara sebenarnya. Ketika Tok ketua pulang dari memburu, Datuk Panglima Karma telah terserempak dengan Datuk Laksamana yang telah merajuk dan meninggalkan istana sejak sekian lama. Walaupun Datuk Laksamana tudak mengenali Datuk Panglima Karma kerana peristiwa itu berlaku Datuk Panglima Karma masih seusia macam Pundor. Tetapi disebabkan Datuk Panglima Karma adalah putera Datuk Panglima Terap baharulah Datuk Laksamana teringat semula. Tengku Andalas dan Datuk Laksamana sangat sedih diatas kemangkatan Sultan Inderapura. Di malam hari, Tedung telah menyerang rumah Tok ketua dan serangan dapat dipatahkan dan akhirnya Tedung berjaya ditikam oleh Andalas fan sempat melarikan diri. Keesokkan harinya, Datuk Mangkubumi telah tiba di Desa Kiban diatas arahan baginda Sultan Tengku Teruna Jaya sebelum baginda meninggal dunia disebabkan penyakit misteri agar memanggil pulang kekandanya dan dinobatkan sebagai Sultan Inderapura yang baharu. Sewaktu Tengku Andalas menaiki tahkta sebagai Sultan Inderapura yang baharu. Baginda ingin melihat wajah adindanya buat kali terakhir tetapi pembesar istana tidak dapat berbuat demikian. Tiba-tiba Tengku Teruna Jaya muncul di Balairung Seri dan menjelaskan perkara sebenarnya serta mengizinkan agar pertabalan ini dijalankan diatas kerelaan dirinya sendiri. Tengku Teruna Jaya sempat menunjukkan ibunya yang menjadi gila kepada Tengku Andalas. Tengku Andalas telah memaafkan kesalahan bonda tirinya.
 
Sementara itu, Tedung yang masih terselamat dan dia telah menculik Melor sebagai tebusannya. Mumbang telah menyelamatkan Melor dan akhirnya Tedung berjayatelah dibunuhmati olehtertikam dengan senjatanya sendirinya setelah bertarung hebat dengan Mumbang. Pada masa yang sama juga, Mayang telah selamat melahirkan seorang puteri. Keesokkan harinya, Baginda Sultan, Tengku Andalas tiba meraikan kelahiran puteri sulungnya.
 
{{endspoiler}}