Hippie: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
CommonsDelinker (bincang | sumb.)
Bot: Menggantikan Flower_Power_demonstrator.jpg dengan Vietnamdem.jpg.
Baris 25:
 
Keganasan dan tragedi [[Perang Vietnam]] menyebabkan golongan muda bangkit bersama untuk menentang keputusan kerajaan untuk meneruskan penghantaran askar Amerika ke [[Vietnam]]. Protes besar-besaran dan demonstrasi anti-perang berleluasa bukan sahaja di [[San Francisco]] malah di kebanyakan bandar besar. Demonstrasi aman ini bertukar menjadi [[rusuhan]] ganas apabila polis dan pihak sekuriti negara bertempur dengan remaja dan belia yang memprotes, yang bukan sahaja berterusan selama berbulan-bulan malah bertahun-tahun. Protes, demonstrasi dan pengambil-alihan Universiti oleh pelajar berleluasa lewat 1960-an dan awal 70-an, seperti [[mogok]] pelajar Columbia University, dan mogok pelajar [[1970]].
[[Fail:Flower Power demonstratorVietnamdem.jpg|350px|thumb|Hippie memprotes Perang Vietnam, Oktober 1967]]
 
Tahun 1968 merupakan tahun yang diselubungi Pemberontakan. Revolusi politikal, sosial dan budaya-lawan (counterculture) mula memberi kesan kepada masyarakat dunia. Antara tokoh yang mengetuai gerakan anti-perang adalah aktivis radikal Abbie Hoffman dan Jerry Rubin. Mereka mengetuai pasukan Yippies (Youth International Party) yang sering terlibat dengan konfrontasi dengan polis. Selain itu, Weatherman atau the Weather Underground, sebuah parti radikal berhaluan kiri, menimbulkan kekecohan dan rusuhan anti-perang pada tahun [[1969]] dan mengebom beberapa bangunan kerajaan awal 1970-an (namun tiada nyawa yang terlibat).