Perbezaan antara semakan "Jamaah Islah Malaysia"

3,540 bait ditambah ,  15 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
(kemaskini)
'''Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia''', atau juga dikenali dengan singkatan '''JIM''', adalah sebuah [[NGO]] berasaskan Islam di [[Malaysia]]. Organisasi ini dikenalididaftar dengansecara singkitanrasmi '''JIM''',pada 27 Julai 1990 dan didaftarkini secaramempunyai rasmicawangan padadi tahunsetiap 1990negeri di seluruh Malaysia dan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
 
JIM adalah organisasi yang bercirikan aliran kontemporari (sezaman dan realistik) dan inovatif (kreatif dalam usaha pembaharuan). Istilah "Islah" banyak disebut di dalam al-Qur'an; Surah Hud (11):88, Surah Hujurat (49):9 dan 10. Kalimah "Islah" pada nama JIM membawa maksud pembaikan, pencegahan daripada kerosakan dan pemulihan, perubahan kepada persekitaran yang baik, serta pembaharuan dan pembangunan serta tuntutan untuk mewujudkan perdamaian dan keamanan.
 
Kewujudan JIM adalah untuk merealisasikan visi berikut:
 
Membangun sebuah negara Malaysia yang melaksanakan sepenuhnya syariat Islam menjelang 2020
 
Untuk mencapai visi yang telah ditetapkan, maka JIM perlu melaksana misi berikut:
 
Menjadi Gerakan Islam ulung yang:
 
* membangun sumber manusia untuk melahirkan insan salih wa muslih;
* membudaya pendekatan perkongsian dan permuafakatan; dan
* mengislah dan menggembleng masyarakat ke arah penegakan kebenaran dan keadilan sejagat.
 
Kesemua ini dirumuskan dalam satu pernyataan Motto JIM yang berbunyi "Bersama Islam Membina Masyarakat".
 
Pendirian dan Pendekatan
 
JIM ditubuhkan kerana ia yakin boleh menyumbang untuk Islam dan pembangunan masyarakat. Selain meluaskan rangkaian usaha dakwah ia juga menyediakan satu lagi wadah dan pendekatan dakwah bagi penglibatan ummah dan masyarakat.
 
JIM menganggap semua organisasi, kumpulan atau individu yang bergiat untuk Islam sebagai sebuah keluarga. Setiap pertubuhan dakwah mempunyai keistimewaan dan sumbangan yang tersendiri kepada dakwah dan masyarakat. Menceburi bidang penglibatan yang sama tidak harus ditanggapi sebagai persaingan atau pertandingan yang negatif, tetapi perluasan (coverage) serta mempelbagai pilihan bagi meningkatkan penyertaan.
 
Semangat kerjasama dan persefahaman untuk membuahkan kerja Islam yang berkualiti perlu dipupuk dan perselisihan dielakkan. Berusaha ke arah kesatuan menjadi tanggungjawab semua. Menjaga muslimin dari bahaya lidah dan tangan kita, melunakkan mereka di hati, perkenalan, saling memahami dan kerjasama menunjuk arah menuju kesatuan.
 
JIM sentiasa menghulurkan salam persahabatan serta mencari jalan kerjasama dalam usaha yang disepakati bersama. Menjadi hasrat JIM melihat semua usaha untuk Islam berjaya tidak mengira siapa yang mengusahakannya.
 
Dalam rangka mengembalikan pengabdian kepada Allah, JIM berjuang untuk pelaksanaan Islam sepenuhnya. Usaha JIM berasaskan prinsip Islam, mengambilkira realiti (waqi') masyarakat dan kemampuan JIM sendiri.
 
JIM percaya strategi dakwah yang baik bagi Malaysia adalah satu strategi yang menyeluruh dan bersepadu. Kemampuan ummah perlu digembeling. Kedudukan yang berpengaruh dalam masyarakat perlu diusahakan supaya dipegang oleh mereka yang mengongsi komitmen untuk menghayati Islam.
 
JIM memilih pendekatan yang bercirikan:
 
* Memberi keutamaan kepada kepentingan Islam, ummah dan masyarakat
* Positif dan membangun; dengan penilaian dan sikap yang objektif
* Penggembelingan sumber dan kemampuan ummah dan masyarakat
 
Presiden pertama JIM ialah sdr Saari Sungip. Apabila beliau melepaskan jawatannya dalam tahun 2000 untuk berkecimpung sepenuhnya di dalam politik, kepemimpinan JIM telah diambil alih oleh Prof Dr Mohd Hatta Shaharoum, seorang Doktor Pakar Psikiatri. Dr Hatta menerajui JIM selama dua penggal dan setelah itu, bermula dari tahun 2003, jawatan Presiden dipegang oleh sdr Zaid bin Kamaruddin sehingga kini.
 
 
 
 
 
Pengguna awanama