Perbezaan antara semakan "Jamaah Islah Malaysia"

tiada ringkasan suntingan
 
JIM adalah organisasi yang bercirikan aliran kontemporari (sezaman dan realistik) dan inovatif (kreatif dalam usaha pembaharuan). Istilah "Islah" banyak disebut di dalam al-Qur'an; Surah Hud (11):88, Surah Hujurat (49):9 dan 10. Kalimah "Islah" pada nama JIM membawa maksud pembaikan, pencegahan daripada kerosakan dan pemulihan, perubahan kepada persekitaran yang baik, serta pembaharuan dan pembangunan serta tuntutan untuk mewujudkan perdamaian dan keamanan.
 
"Aku tidak berkehendak melainkan melakukan Islah (pembaikan) sedaya-upayaku dan tidak ada taufiq bagiku melainkan daripada Allah. Kepada-Nyalah aku bertawakkal dan kepada-Nyalah aku akan kembali" (Hud:88)
 
 
Menjadi Gerakan Islam ulung yang:
 
- membangun sumber manusia untuk melahirkan insan salih wa muslih;
- membudaya pendekatan perkongsian dan permuafakatan; dan
- mengislah dan menggembleng masyarakat ke arah penegakan kebenaran dan keadilan sejagat.
 
Kesemua ini dirumuskan dalam satu pernyataan Motto JIM yang berbunyi '''"Bersama Islam Membina Masyarakat"'''.
JIM memilih pendekatan yang bercirikan:
 
- Memberi keutamaan kepada kepentingan Islam, ummah dan masyarakat
- Positif dan membangun; dengan penilaian dan sikap yang objektif
- Penggembelingan sumber dan kemampuan ummah dan masyarakat
 
Presiden pertama JIM ialah sdr Saari Sungip. Apabila beliau melepaskan jawatannya dalam tahun 2000 untuk berkecimpung sepenuhnya di dalam politik, kepemimpinan JIM telah diambil alih oleh Prof Dr Mohd Hatta Shaharoum, seorang Doktor Pakar Psikiatri. Dr Hatta menerajui JIM selama dua penggal dan setelah itu, bermula dari tahun 2003, jawatan Presiden dipegang oleh sdr Zaid bin Kamaruddin sehingga kini.
Pengguna awanama