Semalam Di Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 29:
 
==Ringkasan==
{{spoiler}}
 
Mengisahkan Victor Abdullah seorang penyanyi terkenal di Malaysia. Victor telah berkenalan dengan Sandra seorang mahasiswa dari Indonesia yang ketika itu sedang mengadakan pertunjukan di Indonesia.
 
Baris 36:
Ketika Ruminah berjalan kaki melalui di hadapan rumah seorang kaya di kota Jakarta. Orang kaya tersebut telah menawarkan pekerjaan kepada Ruminah. Mereka sangat berkenaan dengan Salmah memandangkan isterinya seorang yang mandul. Ruminah diarahkan untuk merahsiakan hubungan dia dengan Sandra. Mereka telah menukar nama bayi tersebut kepada Sandra. Beberapa tahun kemudian, Sandra sudah dewasa dan dia sangat rapat dengan pembantu rumahnya. Runinah teringin untuk memberitahu perkara sebenarnya kepada Sandra tetapi tidak terdaya.
 
Manakala Marto juga telah terpisah dengan Jarot diatas kemalangan tersebut. Marto sebenarnya terselamat walaupun terkandas beberapa hari di lautan. Dia dibantu oleh sebuah perahu tetapi anaknya, Jarot disahkan telah hilang dan berkemungkinan telah mati. Marto menyalahkan alam dan laut adalah punca kecelakaan ini bukan salahnya sendiri. Pada suatu malam, Victor dan Sandra telah mengadakan persembahan nyanyian di kota Jakarta. Keesokan harinya, Victor telah datang ke rumah Sandra untuk berkenalan dengan keluarga Sandra. Sandra juga memperkenalkan Ruminah kepada Victor. Ruminah kian terseksa batinnya apabila melihat kesan parut luka di pergelangan tangan kanan Jarot. Itulah kesan parut lukanya semasa dia kecil dahulu.
 
Suatu hari, Victor telah dipukul oleh rakan-rakan lelaki Sandra mujurlah dia dibantu oleh seorang lelaki yang kebetulan ada ditempat kejadian. Victor diwawancara oleh wartawan dan dia telah menceritakan latar belakangnya dan mengesahkan dia bukan rakyat Malaysia tetapi adalah rakyat asal Indonesia dan dibesarkan di Malaysia selepas kemalangan tersebut. Victor memberitahu nam kedua ibu bapanya iaitu Marto seorang nakhoda perahu dan Ruminah ibunya. Dengan bantuan informasi dari televisyen, Marto ditemani rakan-rakannya bergegas untuk berjumpa dengan Victor di kantor penyiaran tetapi itu adalah rakaman 3 hari yang lepas. Marto sungguh kecewa. Sementara itu, Ruminah merayu kepada orang kaya agar jangan mengahwinkan antara Sandra dengan Victor. Kerana Victor adalah abang kandungnya Sandra. Orang kaya kebingungan apabila mendengar kisah silam Ruminah. Ruminah mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah orang kaya sebelum Sandra berkahwin. Ruminah mengarahkan Sandra agar tidak berkahwin dengan Victor. Sandra telah berkasar dengan Ruminah sehingga orang kaya menampar mukanya. Ruminah juga telah dikasari oleh Sandra sehingga Ruminah tercedera. Sandra yang kecewa telah berjumpa Victor di hotel. Dengan bantuan informasi surat khabar, Marto juga tiba di hotel tersebut untuk membuktikan yang dia ayah kandungnya Victor. Victor bersyukur kerana dipertemukan dengan ayahnya ysng terpisah selama 20 tahun. Orang kaya juga tiba di hotel tersebut dan memujuk Sandra pulang ke rumah memandangkan Ruminah sedang sakit tenat. Victor dan Marto juga pergi menziarahi Ruminah. Ruminah sangat gembira kerana dipertemukan semula dengan Marto dan Jarot. Marto juga dipertemukan dengan Salmah. Baharu itulah mereka mengetahui cerita sebenarnya yang mereka adalah sekeluarga. Ruminah akhirnya menghembuskan nafasnya terakhir disisi Marto, Jarot, Salmah dan ahli-ahli keluarganya lain.
 
{{endspoiler}}
 
==Pelakon==