Nilam (filem): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 29:
 
==Ringkasan==
 
Mengisahkan Ahmad ([[S. Roomai Noor]]), seorang remaja lelaki yang lurus bendul yang dijaga oleh ibunya ([[Siti Tanjung Perak]]). Ibunya memberikan sebilah keris kepunyaan arwah ayahnya. Dia pernah berpesan agar keris ini diserahkan kepada Ahmad apabila dia sudah dewasa kelak. Rahmad pergi belayar bersama Jaiman ([[Daeng Harris]]), seorang kawannya yang baru dikenali di Jawa. Mereka telah menjumpai teko ajaib lalu diusapnya sehingga membawa ke negara lain. Suatu hari, seorang tuan puteri (lakonan [[Siput Sarawak]]), telah diganggu oleh seekor jin ifrit sehingga membuatkan beliau pengsan. Raja di negara tersebut telah menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat memulihkan anaknya dan sihat seperti sedia kala serta membunuh jin tersebut. Ahmad juga bersedia mengubati tuan puteri. Tuan puteri berjaya disembuhkan dan beliau memasang cita-cita untuk mencari lekaki yang menyembuhkannya. Tuan puteri telah menyamar dan menutup sebahagian wajahnya membuat persembahan tarian di hadapan para tetamu. Salah seorang Datuk Bandar (lakonan [[P. Ramlee]]) telah terpikat dengan keayuan tuan puteri tersebut. Datuk Bandar telah melakukan kekerasan kepada tuan puteri. Ini membuatkan Rahmat masuk campur dan akhirnya kedua-duanya ditangkap diatas arahan Datuk Bandar. Sementara wajah yang seiras antara Jaiman dan Paiman telah merungsingkan Datuk Menteri dan mereka adalah pasangan kembar yang terpisah sejak kecil. Ahmad dan Jaiman dibebaskan. Ahmad mendapat undangan bertemu dengan tuan puteri kerana membantunya tempoh hari.
 
==Pelakon==