Rock Bro!: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Joan palarae (bincang | sumb.)
k sedikit fakta mengenai jalan cerita
Baris 23:
Disaat kebuntuan jijo dalam mempertahankan pejuangan misi kumpulan mereka, tanpa disangka sebuah syarikat rakaman di Kuala Lumpur iaitu Guntor Record berminat untuk mengambil mereka sebagai artis rakaman. Peluang ini disambut gembira oleh ahli kumpulan Rimba Bara  dan mereka memujuk Zul untuk ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur mereka melawat Cik Man untuk mendapatkan nasihat dan Cik man meminta mereka untuk pergi berjumpa dengan adiknya iaitu Cik Nod. Malang bagi mereka apabila ditahan dalam satu sekatan Polis kerana disyaki memiliki dadah. Ketika dalam tahanan lokap Cik Nod mengakui dadah tersebut miliknya sekali gus membebas ahli Rimba Bara dari sebarang dakwaan.
 
Pada masa yang sama, Jijoe telah jatuh cinta pandang pertama dengan Ratu Rock Ella semasa terserempak di studio rakaman King’s Studio. Perbezaan pendapat atas beberapa perkara menyebabkan Jijo kecewa dengan apa yang berlaku. Selain itu, Keabraban hubungan Jijo dan Ella merubah sisi peribadi Jijo. Namun kehadiran semula Cik Man yang baru dibebaskan dari penjara sedikit sebanyak meredakan keadaan. Perasaan cinta Jijoe pada Ella mula membuat dia mula bersikap cemburu dan pemarah. Masalah cinta mula membelenggu disamping persaan kecewa dengan cara pengurusan syarikat rakaman, Jijoe mula memikirkan hakikat kehidupanya. Ketika majlis pelancaran album mereka, Jijoe mengumumkan hasrat untuk bersara daripada arena musik. Tindakan ini mengejutkan ahli Rimba Bara dan semua pihak. Slash menerima keputusan itu sebagai satu tamparan yang hebat kepada dirinya dan ia mula mengubah sifat kepada panas baran apabila mengambil alih Kumpulan Rimba Bara. Jijoe meneruskan kehidupan seperti biasa namun jauh berbeza sama sekali dengan rutin ketika dia bermain musik. Dia mula mengenang kisah silam yang mana perasaan kagum terhadap bakat bapanya dalam bidang seni musik. Malang padanya kerana bapanya meninggal ketika berusia 38 tahun dan ketika itu Jijo masih kecil. Ibunya telah berkahwin dengan seorang pengusaha yang telah berusia, namun kebahagiaan tersebut tidak lama apabila ibunya ditikam oleh bapa tiri dan peristiwa itu disaksikan dihadapan matanya sendiri. Bermula dari itu, Jijoe hidup berpindahbertukar randahtukar daripenjaga satudi rumah kepusaka rumah jagaanbapa laintirinya sehingga dewasa.
 
== Pelakon==