Deddy M. Borhan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 16:
}}
 
'''Deddy M. Borhan''' atau nama sebenarnya '''Maddin Borhan''' (lahir 26 Februari 1953), merupakan seorang penyanyi dan pengarah filem pada era 70an hingga 80an. Beliau membuat sumbangan penting pada dunia perfileman Melayu apabila beliau menubuhkan syarikat perfileman [[Sabah Film|Sabah Film Productions]] di [[Kuala Lumpur]] pada 1975. Menerusi syarikat tersebut, beliau muncul sebagai penyelamat dalam industri perfileman tempatan yang ketika itu sedang merudum.
 
Deddy dan Sabah Film Productions dikatakan amat sinonim dengan kebangkitan semula dunia filem Melayu tahun 1970-an dan 1980-an selepas pasca kegemilangan [[Malay Film Productions Ltd.|Studio Malay Film Productions]] dan [[Cathay-Keris Film Productions|Cathay Keris Film]] yang berpusat di [[Singapura]]. Pada waktu itu, dunia perfileman Melayu menerima saingan sengit dari filem-filem Indonesia yang lebih banyak menguasai pawagam-pawagam tempatan.