Bob Kuman: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 48:
Pada awal tahun 1995, Bob pernah melibatkan diri dalam dunia hiburan dengan menceburi bidang nyanyian dalam usia beliau yang muda secara permulaan dan menubuhkan [[Kumpulan KU2]] bersama rakan sekampungnya, '''Kumin''' atau '''Khuzaimi Ismail''' dan mencipta fenomena baru dengan menghasilkan single pertama mereka iaitu '''Nicky & Rozi'''. Selepas itu, mereka menghasilkan album pertama yang sulung iaitu '''Motivasi''' pada 1996. Selain kejayaan dalam meraih anugerah platinum bagi album pertama mereka, mereka juga menghasilkan album iaitu '''Evolusi''' pada 1997, '''Album Baru Aku''' pada 1999, serta album keempat mereka iaitu '''The Best Of KU2''' pada 2001. Karier beliau sebagai penyanyi pada masa itu memberi peluang kepada beliau untuk menonjolkan bakatnya sebelum beralih kepada pelakon dan pelawak terkenal.
 
==Kerjaya dalam lakonan==
Pada masa yang sama, beliau memulakan kerjaya dalam lakonan pertama beliau menerusi filem pertama iaitu '''Sama Tak Serupa''' secara permulaan sebelum nama beliau dikenali dan telah muncul di layar perak. Selain itu, beliau juga bergandingan bersama pelawak yang ketika itu merupakan bekas ahli [[Kumpulan Senario]], [[Saiful Apek]] dalam filem siri komedi terbitan '''[[Metrowealth Movies Production]]''' iaitu [[Jutawan Fakir]] arahan pengarah [[Prof Madya A. Razak Mohaideen]]. Dalam filem ini, beliau mengambil watak sebagai Bob, rakan serumah Fakir yang dikelilingi masalah hutang. Selain itu, Bob Kuman digandingkan bersama pelakon [[Mazlan Pet Pet|Lan Pet Pet]], [[Cat Farish]], termasuk [[Nora Danish]] dalam filem komedi iaitu Jangan Pandang Belakang Congkak musim pertama dan kedua pada 2011. Beliau mengambil watak sebagai Wak Ketari, seorang bomoh yang cuba sedaya-upaya membantu dua pemuda yang melarikan diri selepas musim pertama dan menyelesaikan masalah tersebut.