Bob Kuman: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 75:
Selain itu, beliau juga pernah muncul di kaca TV dalam program Maharaja Lawak Mega pada akhir tahun 2011 bersama pelakon Sobri Anuar dengan membentuk kumpulan Bawal Power.
Pada masa yang sama, beliau sebenarnya pernah dikejarkan ke hospital selepas minggu pertama Maharaja Lawak Mega kerana kepenatan. Namun, apabila memikirkan kos rawatan ditanggung, Bob terpaksa menggagahkan diri dengan hadir setiap konsert program mingguan. Meskipun begitu, Bob bersyukur apabila Sobri memahami masalah dihadapinya dan sanggup berulang-alik ke hospital untuk mengadakan latihan.
Tetapi, kumpulan ini telah tersingkir dalam minggu ketujuh program MLM.
 
==Kontroversi berita palsu==
Pada 21 April lalu, industri hiburan digemparkan apabila disebarkan bahawa beliau meninggal dunia menerusi laman [[Twitter]].
Rakan baik Bob, Mohd Razali Harun, melaporkan bahawa Bob pada masa itu masih dalam keadaan sihat dan kini berada di Kota Damansara, Kuala Lumpur. Menurut Razali, beliau kesal apabila penyebaran khabar angin ini telah berlaku dan sedih apabila perkara sebegini terjadi kepada Bob. Selain itu, rakan artis iaitu '''Richie Rachman''' menyifatkan bahawa penyebaran khabar angin ini adalah dibuat oleh individu yang tak bertanggungjawab.
 
== Rujukan ==