Gordon Ramsay: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Dekoelie (bincang | sumb.)
Dekoelie (bincang | sumb.)
Baris 1:
'''James Gordon Ramsay '''(lahir 8 November 1966) ialah seorang cef, pengusaha restoran, dan personaliti televisyen dari [[United Kingdom]]. Beliau lahir di [[Scotland]] tetapi dibesarkan di Stratford-upon-Avon, England. Restorannya telah menerima 16 anugerah bintang Michelin. Restorannya yang terkemuka, ''Restaurant Gordon Ramsay'' di Chelsea, London, memiliki 3 bintang Michelin sejak tahun 2001. Pertama kali muncul di televisyen pada akhir tahun 1990-an, Ramsay menjadi sangat terkenal sehingga berjaya mempengaruhi ramai penonton untuk menjadi lebih berani dalam cara memasak mereka.
 
Sebagai seorang selebriti televisyen, Ramsay terkenal dengan sikapnya yang cepat meradang, tegas dan sering melemparkan kata-kata yang agak celupar. Ramsay terkenal dalam menyampaikan beberapa rancangan televisyen seperti Hell's Kitchen, The F Word, dan Kitchen Nightmares, ''[[MasterChef US|MasterChef]] dan'' ''MasterChef Junior''. Pada tahun 2015, ''[[Forbes]]'' melaporkan pendapatannya sebagai $60 juta, dan menamakannya selebriti ke-21 terkaya di dunia.
Baris 6:
Ramsay dilahirkan pada 8 November 1966 di Johnstone, Renfrewshire namun dibesarkan di Stratford-upon-Avon, Warwickshire sejak berumur lima tahun. Ramsay merupakan anak kedua dalam empat adik-beradik. Beliau mempunyai seorang kakak, Diane; seorang adik, Ronnie yang pernah dipenjara sewaktu remaja kerana memiliki dadah heroin, dan adik perempuan, Yvonne. Ayah Ramsay, James Gordon Senior yang meninggal dunia pada tahun 1997 pernah menjadi pengurus kolam renang, jurukimpal, dan pekedai manakala ibunya, Helen, merupakan seorang jururawat.
 
Ramsay pernah menggambarkan zaman mudanya sebagai sesuatu yang mengecewakan dan keluarganya sering kali berpindah disebabkan oleh hasrat dan jugabeberapa kegagalan ayahnya yang juga ketagih alkohol. Pada 1976, mereka akhirnya menetap di Stratford-upon-Avon dan dibesarkan di kawasan bandar di Bishopton. Dalam autobiografinya, ''Humble Pie'', beliau mengatakan kehidupan awalnya ditandai dengan penganiayaan dan pengabaian ayahnya yang juga seorang kaki perempuan. Pada usia 16 tahun, Ramsay meninggalkan keluarganya untuk menetap di Banbury, Oxfordshire.
 
== Kerjaya bola sepak ==
Ramsay meminati sukan [[bola sepak]] dan pernah dipilih untuk bermain dalam pasukan bawah-14 tahun semasa berusia 12 tahun. Beliau dipilih untuk bermain dalam pasukan Warwickshire. Kerjaya bola sepaknya ditandai dengan kecederaan, menyebabkannya untuk berkata: "''Mungkin aku tidak ditakdirkan untuk bermain bola sepak''." Pada pertengahan tahun 1984, Ramsay pernah menyertai uji bakat dengan pasukan Rangers, kelab yang disokonginya sewaktu kecil lagi. Malangnya, Ramsay cedera parah di lututnya dan meretakkan [[lutut|tulang rawan]]nya semasa suatu latihan.
 
== Kerjaya memasak ==
Akibat kecederaan pada lututnya, Ramsay cuba berkecimpung dalam bidang memasak. Pada usia 19 tahun, beliau mendaftarkan di North Oxfordshire Technical College dengan tajaan [[Kelab Rotary]] untuk menuntut dalam bidang pengurusan hotel. 
 
Pada awal tahun 1980-an, Ramsay bekerja sebagai ''commis chef'' di Wroxton House Hotel dan kemudian dilantik untuk mengurus dapur dan ruang makan untuk 60 orang di Wickham Arms. Namun, hubungan seksualnya dengan isteri pemilik restoran itu memaksanya untuk meninggalkan pekerjaan itu. Ramsay kemudian berpindah ke London dan bekerja dalam beberapa restoran sebelum bekerja di bawah cef terkenal Marco Pierre White di restoran Harveys.
Baris 19:
 
== Ketua cef ==
Setelah kembali ke London pada tahun 1993, Ramsay ditawari jawatan ketua cef (di bawah Cef Pierre Koffmann) di restoran La Tante Claire di Chelsea, sebuah restoran Michelin tiga bintang. Tidak lama kemudian, Marco Pierre White menawarkan jawatan ketua cef kepadanya di restoran Rossmore. Restoran itu yang kemudiannya menukarkan namanya kepada Aubergine berjaya meraih bintsngbintang Michelinnya yang pertama empat belas bulan kemudian. Walaupun restoran itu berjaya, pertikaian antara Ramsay dan pemilik restoran tersebut telah menyebabkannya untuk meninggalkan restoran itutersebut. Pada tahun 1998, Ramsay membuka restorannya sendiri di Chelsea yang dipanggil, Restaurant Gordon Ramsay dengan bantuan ayah mertuanya, Chris Hutcheson. Restoran itu mendapat bintang Michelin yang ketiga padatahunpada tahun 2001.
 
Perniagaan Ramsay menjadi semakin maju dan beliau mula membuka beberapa restoran yang baharu seperti  Petrus, Amaryllis di [[Glasgow]] (yang kemudian terpaksa ditutup) dan kemudiannya restoran Gordon Ramsay di Claridge. Ramsay mengupah kawannya, Jean-Philippe Susilovic, yang bekerja di restoran Petrus dan juga pernah muncul dalam rancangan televisyen Ramsay, Hell's Kitchen, untuk bekerja bersamanya. IniHal ini diikuti oleh pembukaan restoran-restoran di luar United Kingdom seperti restoran Verre di Dubai, dan restoran Gordon Ramsay dan restoran Cerise by Gordon Ramsay di [[Tokyo]] pada tahun 2005. Pada bulan November 2006, restoran Gordon Ramsay at the London dibuka di New York City. 
 
Pada tahun 2007, Ramsay membuka restoran pertamanya di Ireland, Gordon Ramsay at Powerscourt di Hotel Ritz-Carlton. Restoran ini ditutup pada tahun 2013. Pada Mei 2008 beliau membuka restoran pertamanya di Amerika Syarikat di [[Los Angeles]].
Baris 27:
== Bibliografi ==
[[Fail:Gordon_Ramsay_Healthy_Appetite.JPG|thumb|Ramsay menandatangani salinan ''Gordon Ramsay's Healthy Apetite'' di Toronto Eaton Centre, Februari 2009]]
Sejak tahun 1996, Ramsay telah menulis 22 buah buku. Ramsay juga menulis untuk ruangan makanan dan minuman di majalah ''The Times' ''edisi hari Sabtu.
* ''Gordon Ramsay's Passion For Flavour'' (1996), ISBN 978-1850298410
* ''Gordon Ramsay's Passion For Seafood'' (1999), ISBN 978-1850299936