Butterworth, Pulau Pinang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 13:
'''Butterworth''' ataupun Bagan merupakan sebuah bandar pelabuhan utama, stesen kererta utama bermula ke Kuala Lumpur dan Singapura (bagi memendekkan perjalanan), dan bandar berdekatan George Town bagi negeri [[Pulau Pinang]], [[Malaysia]] selepas Bandaraya [[Georgetown, Pulau Pinang|George Town]]. Ia terletak di utara [[Seberang Perai]], dan merupakan pusat pentadbiran Seberang Perai Utara. Terdapat pelabuhan utama di Butterworth kerana Butterworth ialah bandar berhadapan Pulau Pinang yang terletak di tanah besar Malaysia. Stesen Keretapi Butterworth juga akan menjadi Penang Sentral kemudian merupakan stesen yang paling berdekat ke Pulau Pinang.
 
[[Butterworth]] juga merupakan bandar pentadbiran [[Pulau Pinang]]. Penang Megamall pun telah siap dibina di tengah perjalanan [[Bukit Mertajam]] ke [[Butterworth]] bagi memajukan ekonomi kedua-dua bandar ini dengan juga [[Butterworth-Kulim Expressway]] sekali dibuka. Stesen Kereta Butterworth juga sedang dinaik taraf menjadi Penang Sentral. Keretapi Perkhidmatan Elektrik (ETS) adalah datang ke Penang Sentral dulu sebelum ke JB Sentral. Stesen Butterworth ada wujud servis komuter kepada pekerja-pekerja tempatan yang perlu guna. Perkhidmatan Komuter di Penang Sentral ini pun telah beroperasi ke Gurun dan Taiping Utara.
 
Nama Butterworth atau [[Bagan]] tersebut diambil sempena nama Kolonel V.T. Butterworth. Beliau merupakan Gabenor Koloni dari tahun 1843 hingga 1855, semasa zaman penjajahan [[British]] di Tanah Melayu. Kaum majoriti di Butterworth ialah kaum [[Cina]] 75% dan kaum lain 25%. Kos hidup di Butterworth tidak begitu tinggi berbanding dengan kos hidup di [[Pulau Pinang]]. Penduduknya kian bertambah dari tempoh dahulu sampai sekarang dan kenderaan di bandar ini bertambah banyak. Trafik di Butterworth setiap hari sibuk terutamanya waktu permulaan kerja dan waktu tamat kerja. Hal ini kerana Butterworth adalah terletak berhampiran dengan bandar yang terbesar dan terbanyak kemudahan di utara Semenanjung Malaysia iaitu pulau mutiara, [[Pulau Pinang]], selain [[Kuala Lumpur]]. Ia sangat dekat untuk sampai di terminal feri dan pergi ke [[Georgetown, Pulau Pinang|George Town]]. Butterworth juga terletak berhampiran dengan [[Lebuhraya Utara Selatan]] (bahagian Sungai Dua ke Ipoh). Kebanyakan penduduk di Butterworth juga akan dapat masuk ke lebuhraya terpanjang di [[Malaysia]] ini dengan cepat dan tidak begitu jauh ke [[Kuala Lumpur]] dan [[Pulau Pinang]] (melalui jambatan). Segelintir penduduk di [[Kulim]] dan [[Bukit Mertajam]] datang bekerja di Butterworth pada setiap hari. Pelabuhan Butterworth pula merupakan pelabuhan utama untuk menerima barangan import dan mengeksport barangan kontena buatan negara ke negara-negara seperti [[Hong Kong]], [[China]], [[Taiwan]], dan sebagainya melalui kapal kontena.