Sejarah Afrika Selatan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 30:
Pada tahun 1948, selepas berakhirnya [[Perang Dunia II]], [[Parti Kebangsaan]] (NP) yang pro-Afrikaner , telah mengambilalih kuasa dan membawa bersama mereka ideologi [[apartheid]], suatu pendekatan kuku besi dalam melaksanakan polisi perkauman, yang lebih zalim dari polisi-polisi perkauman kerajaan sebelumnya.
 
Sementara itu, pihak pembangkang berkulit hitam pula melalui perubahan yang besar. Pada 1943, satu kumpulan belia yang lebih agresif dan komited telah melancarkan sayap baru yang dipanggil "ANC Youth League", yang talahtelah melahirkan ramai tokoh-tokoh politik hebat seperti [[Nelson Mandela]], [[Oliver Tambo]] dan [[Walter Sisulu]].
 
Pada 1961, kerajaan NP dibawah pimpinan Perdana Menteri [[HF Verwoerd]] telah mengisytiharkan Afrika Selatan sebagai sebuah [[republik]] selepas memenangi [[pungutan suara]] rakyat kulit putih. Selepas itu kerajaan melancarkan segregasi secara besar-besaran dengan mengharamkan [[perkahwinan]] berlainan bangsa dan menghendaki setiap rakyatnya mendaftar diri berdasarkan bangsa atau warna kulit.
 
[[Segregasi]] perumahan kemudiannya dikuatkuasakan dimana [[komuniti]] berkulit hitam dipaksa berpindah kepada kawasan yang ditetapkan ''townships'' untuk kaum kulit hitam. Kerajaan Afrika Selatan juga telah merangka polisi untuk pembangunan berasingan, dan membahagi-bahagikan penduduk Afrika kepada "negeri-negeri" tiruan dengan "[[bantustan|homeland]]"nya yang tersendiri dengan janji setiap negeri akan diberikan "kemerdekaan". Hampir 3.5 juta penduduk kulit hitam telah menjadi mangsa pemindahan ini dan ia menyebabkan meningkatnya kawasan setinggan di Arika Selatan. Rakyat kulit hitam telah dijadikan [[rakyat]] kelas dua dengan adanya "pass laws" dan kawalan kemasukan (''influx'') yang dilaksanakan dengan ketat. Ini telah membangkitkan kemarahan dari pihak ANC dan pada 1949 mereka melancarkan [[Program Tindakan]] yang menolak dominasi kaum kulit putih dan menggalakkan tindakan protes, [[mogok]] dan [[demonstrasi]].
 
== Penentangan Kezaliman ==