Pilihan raya umum Malaysia 2013: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 193:
Dua hari sebelum penaman calon, [[Pendaftar Pertubuhan]] (RoS) menghantar surat kepada DAP menyatakan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharunya tidak sah. Ini menyebabkan DAP mungkin tidak dapat menggunakan logonya dalam pilihan raya kerana surat kuasa membenarkan penggunaan logo DAP yang dikeluarkan Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng mungkin tidak sah. Lalu calonnya mungkin terpaksa menggunakan logo rakan Pakatan iaitu PAS dan PKR.<ref>{{cite news |author=Lim Kit Siang |title=DAP use of PAS and PKR symbols a game changer? |url=http://www.malaysiakini.com/news/227388 |newspaper=Malaysiakini |date=19 Apr 2013 |accessdate=19 April 2013}}</ref> Malam sebelum penamaan calon, RoS memaklumkan DAP boleh menggunakan simbol sendiri.<ref>{{cite news |author= |title=ROS responds, no objection to DAP logo use |url=http://www.malaysiakini.com/news/227413 |newspaper=Malaysiakini |date=20 April 2013 |accessdate=20 April 2013}}</ref> Namun sebagai langkah berjaga-jaga, calon DAP membawa dua surat watikah pada hari penamaan calon, satu daripada DAP manakala satu lagi daripada PAS (di Semenanjung Malaysia) atau PKR (Malaysia Barat).<ref>{{cite news |author= |title=GE13: DAP to use rocket if RO accepts, says Guan Eng |url=http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/4/19/nation/20130419192424&sec=nation |newspaper=The Star Online |date=19 April 2012 |accessdate=20 April 2013}}</ref> Namun akhirnya calon DAP dapat menggunakan logo mereka sendiri.<ref>{{cite news |author= |title=DAP guna simbol sendiri |url=http://www.sinarharian.com.my/dap-guna-simbol-sendiri-1.152188 |newspaper=Sinar Harian |date=20 April 2013 |accessdate=20 April 2013}}</ref>
 
Selepas penamaan calon ditutup, SPR menyatakan semua kerusi akan melihat pertandingan. BN bertanding 221 kerusi parlimen dan semua 505 kerusi DUN. Di pihak Pakatan Rakyat, PKR bertanding di 99 parlimen dan 172 DUN, PAS 73 parlimen dan 236 DUN, manakala DAP 41 parlimen dan 102 DUN. Parti-parti lain yang turut bertanding ialah STAR, SAPP, BERJASA, [[Parti Pekerja Sarawak|SWP]], [[Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air|KITA]], [[Parti Cinta Malaysia|PCM]], [[Parti Sosialis Malaysia|PSM]] dan [[Parti Bersatu Sasa Malaysia|BERSAMA]] Dan [[Parti Amanah]]. Terdapat 79 calon bebas bertanding di parlimen dan 190 lagi di DUN.<ref>{{cite news |author=Florence A.Samy |title=SPR Sahkan Ada Pertandingan di Semua Kerusi Parlimen, DUN |url=http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/4/20/mstar_berita/20130420170913&sec=mstar_berita |newspaper=mStar Online |date=20 April 2013 |accessdate=21 April 2013}}</ref>
 
PRU-13 mencatat sejarah tersendiri berikutan kemunculan paling ramai calon bebas. Sebelum ini, calon bebas lebih banyak mewarnai pilihan raya di Sabah dan Sarawak, namun kali ini fenomena sama turut berlaku di negeri di Semenanjung. Ini juga menyebabkan banyak kerusi Parlimen dan DUN menyaksikan pertandingan tiga penjuru dan lebih. Kerusi paling ramai menyaksikan calon bertanding ialah dua DUN Sabah iaitu Kalabakan dan Sulabayan, yang membabitkan pertandingan tujuh penjuru.<ref>{{cite news |author= |title=PRU13: Calon Bebas warnai pilihan raya kali ini |url=http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PRU13_CalonBebaswarnaipilihanrayakaliini/m/mArticle |newspaper=Berita Harian |date=20 April 2013 |accessdate=20 April 2013}}</ref>