Bruce Lee: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 134:
Pada 20 Julai 1973, Lee berada di Hong Kong untuk makan malam bersama bintang filem James Bond, George Lazenby di mana beliau bertujuan untuk berkerjasama dalam sebuah filem. Menurut isterinya, Lee telah bertemu dengan penerbit Raymond Chow pada pukul dua petang di rumahnya untuk perbincangan pembikinan filem ''"Game of Death"''. Mereka berkerja sehingga pukul empat petang dan kemudiannya memandu ke rumah rakan sekerja Lee, Betty Ting Pei, seorang pelakon Taiwan. Mereka bertiga telah membincangkan skrip tersebut di rumah Ting dan Chow kemudiannya meninggalkan rumah itu untuk menghadiri satu temu janji makan malam.
 
Lee kemudiannya mengadu sakit kepala dan Ting memberinya ubat penahan sakit dan pil aspirin di mana kedua-duanya mengandungi bahan kimia penenang, ''meprobamate''. Sekitar pukul 7.30 malam, Lee membaringkan dirinya untuk tidur sebentar. Apabila Lee gagal muncul untuk waktu makan malam, Raymond Chow pergi ke flat tersebut, namun tidak berjaya membangunkan Lee dari tidurnya. Seorang doktor telah dipanggi ke tempat kejadian dan dia menghabiskan masa selama 10 minit untuk cubaan menghidupkan Lee sebelum Lee dihantar ke Hospital Queen Elizabeth. Semasa ketibaan ambulans di hospital, beliauLee telah disahkandi istihar meninggal dunia. Leedalam hampir berusia 33 tahun.
 
Menurut laporan autopsi, beliau tidak mempunyai apa-apa kecederaaan luar. Akan tetapi, otak Lee telah membengkak sebanyak 13 peratus, dari 1400 gram hinggalah 1575 gram. Laporan tersebut turut mengesan kehadiran aspirin dalam tubuh badannya. Pada 15 Oktober 2005, di dalam satu sesi temu ramah, Chow menyatakan bahawa Lee meninggal dunia dari alahan bahan kimia ''meprobamate'', di mana Chow juga menyatakan ia adalah bahan biasa yang digunakan dalam ubat penahan sakit. Apabila doktor mengumumkan kematiannya, ia adalah disebabkan "kematian yang malang".