Mengisahkan Encik Udo ([[Udo Omar]]) dan Puan Habsah ([[Habsah Omar]]) yang mempunyai dua orang anak perempuan yang kerap menolak pinangan orang. Anak sulung bernama SarimahNona ([[Sarimah]]) dan yang bongsu bernama Noni ([[Dayang Sofia]]). SarimahNona dan Noni begitu risau kerana mereka masih belum berkahwin lagi. Mereka risau digelar sebagai anak dara tua. SariahNona telah mengutus surat kepada editor majalah mencari pasangan dan degandengan cara itu mereka berharap dapat bertemu jodoh dalam masa yang singkatterdekat. Sementara itu, Ahmad Nisfu seorang hartawan telah berangkat ke Pulau Pinang diatas urusan perniagaan. Ahmad Nisfu mempunyai seorang orang pembantu rumah iaitu Zain ([[M. Zain]]) dan seorang pemandu iaitu Aziz ([[Aziz Sattar]]). Zain dan Aziz begitu gembira kerana majikannya yang cerewet tiada dirumah tersebut. Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba dan mereka menyamar sebagai hartawan. Zain mengajak Aziz untuk berkahwin. Aziz dan Zain telah berkenan dengan SarimahNona dan Noni selepas melihat gambar mereka didalam majalah tersebut. Aziz dan Zain pula menghantar gambar mereka kepada editor tersebut agar diposkan kepada SarimahNona dan Noni suatu hari nanti. Selepas itu, Aziz dan Zain berjumpa dengan Pendek ([[Ibrahim Pendek]]) seorang bomoh tipu untuk menjampi gambar SarimahNona dan Noni. Surat balasan dari Aziz dan Zain telah diterima oleh SarimahNona dan Noni. Mereka sungguh gembira kerana jodohnya telah tiba. Nona dan Noni juga membalas surat kepada Aziz dan Zain untuk membuat janji temu di taman bunga. Tetapi mereka tidak berjumpa dengan Nona dan Noni. Di malam hari pula, Nona dan Noni bertandang ke rumah Ahmad Nisfu untuk berjumpa dengan Aziz dan Zain.