TV Pendidikan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 50:
===Astro (2000-2006)===
 
Apabila TV Pendidikan bermula di Astro sejak 2000,<ref>[http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=1016&pub=utusan_malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_02.htm Astro mampu luaskan siaran TV Pendidikan] ''[[Utusan Malaysia]]'' (16 Oktober 1999). Dicapai pada 1 Januari 2007.</ref> Saluran 28 menyiarkan dua rangkaian seperti TV Pendidikan disiarkan dari Isnin hingga Khamis 9.00 pagi hingga 5.00 petang manakala [[Animal Planet]] menyiarkan keseluruhan masanya. Pada tahun 2002, Animal Planet dijadikan saluran sepenuh masa di saluran 51, yang kemudiannya berpindah ke saluran 556 pada 1 Oktober 2007.
 
TV Pendidikan berpindah ke Saluran 13 pada tahun 2002 di mana mereka menyiarkan dua rangkaian, iaitu TV Pendidikan dan TechTV, sebuah saluran yang menyiarkan berita dan rancangan tentang komputer, teknologi dan internet. TV Pendidikan bersiaran Isnin hingga Khamis dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada waktu sekolah sahaja, manakala TechTV menyiarkan keseluruhan masanya. Sejak TechTV tamat, Astro menyiarkan episod lama TechTV berulangan sehingga Astro telah mencapai persefahaman dengan G4techTV untuk membeli siri televisyennya seperti Attack of the Show, X-Play dan lagi dan kemudian siar semula secara tempatan, tanpa sebarang logo saluran dan hanya menyiarkan promosi rancangan Astro ketika di antara rancangan.