Perbezaan antara semakan "Isotop"

12 bait ditambah ,  4 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
k (Bot: Memindahkan 87 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q25276)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
'''Isotop''' merupakan variasi sesuatu [[unsur kimia]]. Walaupun hampir semua isotop sesuatu unsur mempunyai bilangan proton yang sama, setiap isotop mempunyai bilangan [[neutron]] yang berbeza. Perkataan isotop berasal dari perkataan Yunani ''isos'' ( ἴσος yang bermaksud persamaan) dan ''topos'' (τόπος yang bermaksud tempat). Oleh itu, perkataan isotop bermaksud "persamaan dalam tempat yang sama" yang merujuk kepada isotop sesuatu unsur yang mempunyai posisi yang sama dalam [[jadual berkala]]. Bilangan proton dalam atom sesuatu nukleus digunakan untuk mengenal pasti sesuatu [[unsur kimia|unsur]], namun begitu sesuatu unsur secara prinsip boleh mempunyai bilangan neutron yang berbeza. Nombor [[neukleon]] atau [[nombor jisim]] (iaitu jumlah proton dan neutron) untuk setiap isotop turut berbeza. Baby iloveyoy
 
Walaupun bilangan [[proton]] dalam [[atom]] sesuatu unsur adalah tetap, tetapi kadangkala bilangan [[neutron]] mungkin berbeza. Unsur itu dapat wujud dalam lebih daripada satu jenis atom. Atom-atom berbeza bagi unsur yang sama itu dipanggil isotop.
 
Isotop-isotop sesuatu unsur mempunyai bilangan proton per atom yang sama. Ini bermakna bilangan elektron per atom isotop-isoop itu juga adalah sama. Jadi konfigurasi elektron bagi semua isotop suatu unsur adalah sama dan oleh itu, isotop-isotop suatu unsur akan mempunyai sifat-sifat [[fizik]] iaitu [[ketumpatan]], [[takat lebur]], [[takat didih]], dan lain-lain yang berbeza.
 
 
== Lihat juga ==
Pengguna awanama