Panji Semerang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 48:
Di Daha, Raden Inu diminta oleh bapa saudanyanya, Gusti Prabu Daha iaitu untuk berkahwin dengan puteri Galuh Adjeng Daha sebaliknya, yang kebetulan menjadi adik kepada Galuh Candra Kirana (Panji Semerang) itu. Walaupun bersetuju dengan perkahwinan itu, Raden Inu keberatan dan bersungguh mencari kedudukan sebenar Galuh Candra Kirana. Dalam pencarian, Raden Inu bertemu dengan ibunda Candra Kirana, Mahadewi, dan akhirnya mengetahui kisah sebenar.
 
Panji seterusnya membawa rombongan beliau dan bersemayam di gunung, untuhuntuk menghadap puteriRatu Biku Gandasari ([[Zainon Fiji]]), salah satu daripada nenek moyang separa dewata yang merupakan antara orang pertama yang turun dari Kayangan dan tinggal di bumi Jawa. Ratu Biku Gandasari memberi nasihat kepada Panji Semerang dan rombongan beliau agar tinggal bersamanya. Sementara itu Raden Inu, yang tidak dapat untuk meneruskan pernikahannya dengan Galuh Adjeng, melarikan diri dari istana. Beliau juga mengambil alih identiti lain, sebagai Pangeran Panji Djajeng Kesuma ([[Aziz Jaafar]]), dan menakluk semua negeri sekitar. Apabila tiba di kerajaan Gegelang, beliau tidak menyerang tetapi menghadap bapa saudaranya yang merupakan raja di sana, Prabu Ramada ([[Kemat Hassan]]) untuk meraikan perkahwinannya dengan Puteri Nilawati ([[K. Fatimah]]). salah seorang tawanan dari kerajaan-kerajaan yang ditewaskan.
 
Sementara itu di gunung pula, Biku Gandasari terserempak dengan Galuh Candra Kirana yang dalam penyamaran sebagai lelaki. Oleh itu, Biku Gandasari menasihati agar Candra Kirana tidak menggunakan identiti Galuh Candra Kirana atau Panji Semerang tetapi kali ini sebagai penghibur, Warga Asmara ([[Saadiah]]), ketua Gambus Muar. Biku Gandasari menyuruhnya membuat persembahan di hadapan Pangeran Panji Djajeng Kesuma di kerajaan Gegelang.