Hinduisme: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 501:
Agama ini mempunyai ciri khas sebagai salah satu agama yang paling bertoleransi. Salah satu ayat suci dalam kitab [[Rig Veda]] ialah "Ekam Sat Vipraaha Bahudhaa Vadanti" yang bermaksu ''"Hanya ada satu kebenaran tetapi orang-orang bijaksana menyebut-Nya dengan banyak nama."''
 
Dalam pelbagai kitab suci Hindu, terdapat banyak ayat-ayat suci yang mencerminkan sifat toleransi dan keadilan Tuhan. Umat ​​Hindu menghormati kebenaran tanpa mengenang asal-usulnya dan menganggap bahawa semua agama bertujuan sama, iaitu mencapai Tuhan, namun dengan pelbagai sudut pandang dan cara pelaksanaan yang berbeza. Hal itu dinyatakan dalam kitab suci Hindu misalnya:<blockquote>samo ‘haṁ sarva-bhūteṣu na me dveṣyo ‘sti na priyah | ye bhajanti tu māṁ bhaktyā mayi te teṣu cāpy aham</blockquote><blockquote>''"Aku tidak pernah iri dan selalu bersikap adil terhadap semua makhluk. Bagi-Ku tidak ada yang paling Ku-benci dan tidak ada yang paling Ku-kasihi. Namun yang berbakti kepada-Ku, dia berada pada-Ku dan Aku bersamanya." - (Bhagavad Gita, IX:29)''</blockquote>Malah dengan mengkaji sejarah India purba juga beberapa fakta yang menakjubkan boleh didapati. Golongan pemerintah membantu perkembangan semua agama dan mazhab tanpa diskriminasi. Contohnya di negeri Karnataka, raja-raja Sātāvahana (tiga kurun awal Masihi) merupakan penganut-penganut Saiva, tetapi mereka membina banyak kuil-kuil Buddha (seperti kuil Tārā Bhagavati di Balligāme). Pemerintah-pemerintah Kadamba memuja Siva tetapi ibu negeri mereka, Banavāsi menjadi pusat agama Buddha. Kākutstha Varma (425-445 Masihi) memberikan tanah kepada rahib Jaina bernama Sruta-kirti.
 
=== Makanan ===
Baris 564:
 
=== Peranan Kuil dalam Masyarakat Hindu ===
Lawatan ke kuil bukan sesuatu yang wajib untuk orang-orang Hindu. Biasanya, di setiap rumah orang Hindu terdapat sebuah kamar atau tempat sembahyang. Oleh itu, hanya semasa upacara perayaan agama, biasanya orang Hindu melawat kuil. Akibatnya, kuil-kuil tidak mempunyai sebarang kawalan terhadap penganut-penganut Hindu. Namun, kuil

Kuil-kuil Hindu biasanya mengadakan kirtana (nyanyian lagu-lagu suci) atau ceramah agama untuk orang ramai.
 
== Hinduisme di Malaysia ==