Mami Jarum: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiffanywiress (bincang | sumb.)
→‎Sinopsis: Sinopsis
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiffanywiress (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 36:
Mamu Rosli berkenan dengan Mami Jarum kerana wajah Mami yang seiras dengan kekasihnya dahulu. Walaupun begitu, dia kurang senang dengan sikap Mami yang suka memburukkan orang lain. Mamu Rosli gemar berjoging dan amat mementingkan penampilannya.
 
Konflik bermula apabila Mami Jarum bertandang ke rumah Bee dan acapkali menghasut adiknya. Dia memandang rendah terhadap Piee yang bekerja sebagai buruh. Pegangan agama Piee yang kuat turut tidak disenangi oleh Mami Jarum. Oleh yang demikian, Mami mendesak adiknya agar meminta Piee membuat sesuatu untuk mengubah nasib mereka. Mami JarujmJarum sering menjadikan keluarga contoh kerana beranggapan mereka keluarga yang sangat berjaya.
 
[[Imej:Mj5.jpg|200px|right|thumb|Babak di rumah Mami Jarum]]Bee termakan hasutan itu. Namun sebenarnya, Mami tidak menyedari bahawa keluarganya bermasalah. Shiqah terlibat dengan hubungan sulit dengan bosnya yang sudah beristeri. Bee,adik Mami memberitahu suaminya,Piee ternampak Shiqah, anak sulung Mami keluar dating dengan seorang lelaki tua, namun Mami tidak mempercayainya.
 
Berlainan pula dengan anak perempuan bongsu Mami, Syafinaz, yang lebih bersikap matang serta sering menegur sikap ibunya yang keterlaluan itu. Apabila Mami Jarum mengetahui Syafinaz bercinta dengan Ezad seorang pemuda yang bekerja sebagai posmen,Mami melenting dan amat marah. Mamu kemudiannya datang memberitahu Ezad sebenarnya anak orang kaya dan ayah Ezad berpangkat Datuk. Mami tidak mempercayai kata-kata Mamu dan meminta Ezad membawa ibubapanya untuk meminang Syafinaz. Pada hari peminangan, Ezad dan ibunya Datin Nora bertandang ke rumah Mami untuk meminang. Kemudian barulah Mami percaya Ezad anak orang kaya. Dalam masa yamgyang sama Mami ingin mengahwinkabmengahwinkan anak sulungnya Shiqah kerabakerana tidak mahu terlangkah bendul kerana dia sudah bersetuju mengahwinkan anak bongsunya. Tetapi Shiqah menolak pemintaan Mami untuk dikahwinkan dengan anak kawan Mami. Mami meminta Shiqah menjelaskan mengapa Shiqah menolak dan Shiqah memberitahu yang dia sudah berkahwin selama dua bulan. Pada masa itu juga suami Shiqah yang sebenarnya bapa Ezad dan suami Datin Nora datang, dan Shiqah memberitahu kepada Mami itulah suaminya. Datin Nora kecewa dengan apa yang berlaku mahu meminta cerai. Mami malu sudah malu yang berlaku meminta pertolongan Piee. Akhirnya, dia menyedari bahawa pendidikan agama sangat penting dan perlu ditekankan dalam mendidik anak-anak supaya mereka tahu menilai dan menjaga diri. Sebaliknya, kedudukan dan harta kekayaan semata-mata tidak menjamin kehidupan yang sempurna.
 
==Pelakon==