Perbezaan antara semakan "Undang-undang antarabangsa"

k (Bot: Memindahkan 53 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q4394526)
 
== Sumber undang-undang antarabangsa ==
{{main|Sumber-sumber undang-undang antarabangsa}}
 
Undang-undang antarabangsa mempunyai tiga sumber utama: triti antarabangsa, adat dan prinsip-prinsip am perundangan (dari Artikel, Akta Mahkamah Keadilan Antarabangsa). Triti antarabangsa adalah berteraskan kemestian negara-negara secara expresif dan secara sukarela yang diterima diantara mereka dalam bentuk [[perjanjian]]. Adat undang-undang antarabangsa adalah bersumberkan terhadap amalan-amalan biasa negara dalam arena antarabangsa yang diikuti oleh ''opinio juris'' iaitu kepercayaan negara-negara yang amalan-amalan ini perlu dikuatkuasakan oleh undang-undang. Keputusan-keputusan kes mahkamah di peringkat antarabangsa dan tulisan para cendakiawan juga dilihat sebagai sumber persuasif adat dan amalan undang-undang antarabangsa disamping juga sebagai bukti kelakuan negara itu sendiri. Cubaan untuk menghuraikan adat dan amalan undang-undang antarabangsa diperkasakan selepas [[Perang Dunia II|Perang Dunia Kedua]] dengan penubuhan [[Suruhanjaya Undang-Undang Antarabangsa]] (ILC). Adat yang telah dikodifikasikan itu dijadikan wajib dalam mengintepretasikan sesuatu adat yang tersorok dalam sesuatu perjanjian. Untuk negara yang tidak menjadi anggota bagi triti, kerja ILC masih boleh diterima sebagai adat yang diaplikasikan terhadap negara-negara berkenaan. Prinsip-prinsip am perundangan pula adalah prinsip-prinsip yang wujud dalam semua sistem perundangan yang diamalkan di dunia. Sesetengah kebiasaan undang-undang antarabangsa mencapai status [[kebiasaan utama]] ''jus cogens'' dan berkuatkuasa keatas semua negara dengan tiada pengecualian. Prinsip-prinsip am semua sistem perundangan dunia juga diaplikasi apabila diperlukan.
3,940

suntingan