Matahari: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Jeluang Terluang (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 2:
{{Solar System Infobox/Sun}}
[[Fail:Sun_spot_naked_eye.jpg|thumb|Matahari dari bumi]]
'''Matahari''' merupakan [[bintang]] terdekat dengan [[Bumi]] dengan jarak purata 149,680,000 [[kilometer]] (93,026,724 batu). Matahari dan lapan buah planet membentuk [[Sistem Suria]]. Matahari mempunyai garis pusat (''diameter'') 1,391,980 kilometer dengan suhu permukaan 5,500 °C dan suhu teras 15 juta °C. Matahari dikelaskan sebagai [[bintang]] kerdil jenis G. [[Cahaya]] daripadadari matahari memakan masa 8 minit untuk sampai ke [[Bumi]] dan cahaya yang terang ini boleh mengakibatkan sesiapa yang memandang terus kepada matahari, menjadi buta.
 
Matahari merupakan satu bebola [[plasma (fizik)|plasma]] dengan jisim sekitar 2 x 10<sup>30</sup> kg. Untuk terus bersinar, matahari, yang terdiri daripada [[gas]] panas, menukar unsur [[hidrogen]] kepada [[helium]] melalui tindak balas gabungan nuklear pada kadar 600 juta tan, dengan itu kehilangan empat juta tan jisim setiap saat. Matahari dipercayai terbentuk pada 5,000 juta tahun lalu. Kepadatan jisim matahari adalah 1.41 kali lebih padat berbanding jisim [[air]]. Jumlah tenaga matahari yang sampai ke permukaan [[bumi]] dikenali sebagai pemalar suria yang menyamai 1.37 kilowatt se[[meter]] persegi setiap saat.
 
 
Matahari berputar selama 25.04 hari [[bumi]] setiap putaran dan mempunyai graviti 27.9 kali graviti bumi. Terdapat julangan gas teramat panas yang boleh mencecah sehingga 100,000 kilometer ke angkasa. [[Marakan matahari]] ini boleh mengganggu gelombang komunikasi seperti [[radio]], [[televisyen]] dan [[radar]] di [[bumi]] dan mampu merosakkan [[satelit]] atau [[stesen angkasa]] yang tidak dilindung. Matahari juga menghasilkan [[gelombang radio]], gelombang ultraungu, sinar inframerah, sinar-X, dan [[angin suria]] yang merebak ke seluruh [[Sistem Suria]].
 
[[Bumi]] dilindungi daripada [[angin suria]] oleh [[magnetosfera|medan magnet bumi]], sementara [[lapisan ozon]] pula melindungi bumi daripada sinaran [[ultraungu]] dan [[inframerah]]. Terdapat tompokan hitam yang wujud dari masasemasa ke semasa pada matahari yang disebabkan oleh perbezaan suhu di permukaan matahari. Tompokan hitam itu menandakan kawasan yang kurang panas berbanding kawasan lain dan mencecah keluasan melebihi saiz bumi. Kadang-kala peredaran [[bulan (satelit)|bulan]] mengelilingi bumi menghalang sinaran matahari daripada sampai ke bumi, oleh itulantas mengakibatkan kejadian [[gerhana matahari]] berlaku.
 
== Rujukan ==