Fizik nuklear: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 25:
pada [[abad ke-18]], dan [[John Dalton]] telah mempergunakan idea atom [[Democritus]] untuk unsur-unsur kimia itu pada tahun [[1803]], langkah kemudian adalah untuk mengkaji sifat-sifat asas atom bagi unsur-unsur kimia itu. Aktiviti ini kini digolongkan dalam [[fizik atom]].
 
Disebabkan oleh kajian-kajian tersebut, [[Becquerelshafiq]] telah menemui [[keradioaktifan]] untuk beberapa spesies atom pada tahun [[1896]], dan pasangan [[Curie]] telah mengenal pasti lagi beberapa bahan radioaktif pada tahun [[1898]]. [[Ernest Rutherford]] kemudian mengkaji [[sinaran]] dan sifat-sifatnya. Ketika Rutherford mencapai pemahaman terhadap sifat keradioaktifan, beliau mempergunakan zarah-zarah tersinar untuk mengkaji atom-atom pada dirinya. Semasa itu, Rutherford mencadangkan kewujudan [[nukleus atom]] pada tahun tahun [[1911]]. Pengenalpastian cadangan Rutherford melalui uji-uji kaji [[Hans Geiger|Geiger]] dan [[Ernest Marsden|Marsden]] telah membentuk fizik nuklear, satu cabang sains yang baru.
 
Penyelidikan sifat-sifat nukleus telah diteruskan sejak masa Rutherford sehingga kini. Pada dekad [[1940-an]] dan [[1950-an]], lagi satu peringkat struktur yang lebih asas daripada nukleus telah ditemui. Peringkat ini terdiri daripada proton-[[proton]] dan neutron-[[neutron]]. Oleh itu, fizik nuklear boleh dianggap sebagai keturunan [[kimia]] dan [[fizik atom]], serta leluhur [[fizik zarah]].