Arena Axiata: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hakim2307 (bincang | sumb.)
Hakim2307 (bincang | sumb.)
Baris 19:
'''Stadium Putra Bukit Jalil''' ialah sebuah stadium tertutup terbesar di Malaysia yang terletak di [[Kompleks Sukan Negara| Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil]]. Stadium ini ialah salah satu fasiliti sukan yang terdapat di Kompleks Sukan Bukit Jalil selain daripada Stadium Nasional, Stadium Hoki Nasional, Pusat Skuasy Nasional, Pusat Akuatik Nasional dan Dewan Seri Putra.
 
Stadium ini mempunyai 13,000 tempat duduk yang sedia ada dan 3,000 tempat duduk yang boleh disorokkan. Pintu masuk ke stadium dan pergerakan dalam menggunakan kemudahan yang disediakan begitu mudah dengan adanya 3 pintu masuk utama dan laluan bebas dari plaza pejalan kaki disekelilingnya. Arena yang berbentuk segiempat bujur dengan keluasan maksima 69m x 39.4m, merupakan satu ciri yang terbaik kepada stadium ini. Ia boleh diubahsuai kepada berbagai format mengikut aktiviti-aktiviti sukan seperti tinju, badminton, bola keranjang, bola tampar, ping pong, bermain pedang, bola baling, judo, gusti, gimnastik dan pertandingan bolasepak lima sebelah. Stadium ini juga mampu untuk mengajurkan acara bukan sukan seperti konsert, persidangan, dan pameran.
 
== Sejarah ==
Pada 15 Ogos 2009 , Y.A.Bhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi mantan Perdana Menteri Malaysia yang kelima telah diberi penghormatan untuk merasmikan majlis pembukaan Sukan Para Asean 2009 yang telah diadakan di Stadium Putra. Majlis penutup yang berlangsung pada 19 Ogos 2009 turut dihadiri dan dirasmikan oleh YB Dato' Ahmad Shabery Cheek Menteri Belia dan Sukan pada ketika itu.
 
Pada 31 Ogos 2010 Stadium Putra telah dipilih sebagai venue untuk Sambutan Hari Merdeka yang ke-53. Ini adalah kali pertama Sambutan Hari Kemerdekaan disambut di tempat yang tertutup kerana balangsungberlangsung pada bulan Ramadhan.
 
==Axiata Arena==