Perbezaan antara semakan "Din Beramboi"

71 bait ditambah ,  3 tahun lalu
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
 
== Biografi ==
=== Kehidupan awal (1966-1989)===
Mior Ahmad Fuad dilahirkan di [[Sungai Besi]], [[Kuala Lumpur]] (yang masih di bawah jajahan negeri [[Selangor]] pada ketika itu) pada hari Khamis, 22 Disember, 1966. Mewarisi bakat melawak semula jadi bapanya<ref name=hmetro>{{cite news|title= Gurauan akhir Din Beramboi |author= Muhd Izawan Baharin & Mior Azlan Mior Kamarulbaid |publisher=hmetro.com.my |date=3 April 2010 |url=http://www.hmetro.com.my/articles/GurauanakhirDinBeramboi/Article |accessdate=9 April 2010}}</ref> Mior Badri Mior Idris, ibunya Rahmah Abdullah Sani yang melahirkan beliau bersama tiga lagi saudara [[perempuan]]nya, beliau adalah anak ketiga dan [[lelaki]] tunggal dalam keluarga yang berasal dari [[Gopeng]], [[Perak]].<ref name=hmetro/>
 
Din Beramboi berkahwin dengan Suhaini Che Man, dan mempunyai tiga orang anak, iaitu Nil Aina Adibah (sulung), Meor Shafiq Ar-Ridhwan, dan Nir Ain Syuhada (bongsu). [[Jenis darah]]nya adalah jenis O.<ref>{{cite news|title= Din Beramboi masuk ICU |author= Ahmad Tajol Ansar Ibrahim |work=Harian Metro |date=31 Mac 2010 |url=http://www.hmetro.com.my/articles/DinBeramboimasukICU/Article|accessdate=8 April 2010}}</ref>
 
=== Watak cereka Din Beramboi (1990-1995)===
Nama "Din Beramboi" mula dikenali umum sebagai timangan bagi seorang watak cereka ciptaan kartunis [[Ibrahim Anon|Ibrahim Anon @ Ujang]] sekitar awal 1990-an. Tetapi sebelum itu, jolokan Din Beramboi sudah digunakan sebagai 'pengacara' rekaan berloghat [[Negeri Sembilan]], yang nama penuhnya "Din Beramboi Alai Berjanggut"<ref name=utusan>{{cite news|title=Din Beramboi penghibur serba boleh|work=Utusan Malaysia|date=14 Disember 2006|url=http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=1214&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm|accessdate=2 April 2010}}</ref>, dalam siri kaset wawancara komedi rakaman Meor Ahmad Fuad sendiri yang terkenal di kalangan mahasiswa institut pengajian tinggi di Malaysia.<ref name=jenin>[http://akujohan.blogspot.com/2008/06/din-beramboi.html Din Beramboi], The JonJenin Site (blog), 12 Jun 2008. Dicapai pada 2 April 2010.</ref> Mula-mulanya mendapat ilham dari siri kaset itu untuk konsep watak berkenaan semenjak tahun 1987, Ujang menzahirkan Din Beramboi pada tahun berikutnya dalam majalah ''[[Gila-Gila]]''. Din Beramboi diberikan segmen khas dalam edisi Bumper Raya “Super Selebet Hari Lebaran” majalah berkenaan keluaran 15 Mac 1992.<ref>[http://jibam.cesb.net.my/2007/04/11/din-beramboi-di-gila-gila/ Din Beramboi di Gila-Gila!], Jibam, 11 April 2007. Dicapai pada 2 April 2010.</ref>
 
Kelarisan watak kartun Din Beramboi sebagai maskot Ujang menemui penghujungnya, setelah Meor Ahmad Fuad tampil untuk mendakwa pihak penerbitan Ujang kerana [[Cetak rompak|menciplak]] watak Din Beramboi sehingga terheret ke mahkamah. Setelah kontroversi hak milik ini digembar-gemburkan di khalayak awam, pertikaian berakhir dengan Ujang menarik diri daripada perebutan watak Din Beramboi lalu memberhentikan segala penglibatan watak tersebut dalam segala bahan penerbitan syarikatnya.<ref name=jenin/>
 
=== Kebangkitan Din Beramboi sebagai selebriti dunia nyata (1995-2007)===
Alang-alang terjejas oleh kontroversi hak cipta watak dengan Ujang, Meor Ahmad Fuad mengeluarkan sebuah buku bertajuk ''Siri Sawancara Eksklusif Din Beramboi'' terbitan Melati Publishing, Kuala Lumpur pada tahun 1995. Selain penglibatannya dalam siri kaset Din Beramboi yang asli, Meor Ahmad Fuad melonjakkan nama di mata umum sebagai seorang juruhebah rancangan ''Ronda-Ronda'' di stesen [[THR.fm|Time Highway Radio]] sekitar tahun 1996.<ref name=utusan/> Mulai tahun 1997, beliau berjaya menerbitkan majalah ''Din Beramboi'' di bawah Tempo Publishing, [[Petaling Jaya]], selama lapan isu sahaja. Apapun, semenjak terlerainya kontroversi keempunyaan watak kartun tersebut, timangan Din Beramboi kekal hak milik Meor Ahmad Fuad sepanjang saki-baki hayatnya.
 
Sepanjang dasawarsa 2000-an, Din banyak terlibat dalam bidang lakonan filem dan televisyen. Antara filem-filemnya termasuk ''[[Baik Punya Cilok]]'' dan ''[[Los dan Faun]]''. Din pernah berkata dia sering menerima tawaran berlakon di bawah arahan Afdlin Shauki atau berlakon bersama pengarah itu "kerana cara mereka berlawak hampir serupa."<ref name=utusan/> Pada tahun 2005, Din melakonkan watak bapa kepada watak [[Ning Baizura]] dalam video muzik "[[Awan yang Terpilu]]", antara watak-watak serius yang jarang dilakukannya.<ref name=utusan/> Setahun berikutnya, beliau berlakon dalam siri TV kanak-kanak ''[[Afi dan Abah]]'', salah sebuah drama tempatan terawal [[Astro Ceria]] sewaktu dilancarkan pada tahun 2006, menerusi watak Pak Rahim, penyelia kepada bapa Afi.
 
=== Puncak kemasyhuran (2008-2009)===
[[Fail:Aznil & Din.jpg|right|thumb|Aznil & Din Beramboi semasa digandingkan menjadi penyampai radio di Era .]]
Mulai 5 Januari 2009<ref>{{cite news|title=Terapi waktu pagi|author= Farihad Shalla Mahmud |work= Berita Harian |date=28 Januari 2009 |url=http://www.myselebriti.com/2009/01/28/terapi-waktu-pagi/ |accessdate=8 April 2010}}</ref>, Din Beramboi bergandingan<ref>{{cite news|title=‘Ubat’ saya sudah pergi selamanya - Aznil |author= Kemalia Othman |work= mStar |date=5 April 2010 |url=http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2010/4/5/mstar_hiburan/20100404173744&sec=mstar_hiburan |accessdate=12 April 2010}}</ref> dengan [[Aznil Nawawi|Aznil Hj Nawawi]] sebagai pasangan juruhebah mengemudi slot ''Riuh Pagi'' di [[Era]], sebagai satu langkah penstrukturan semula stesen radio berkenaan yang berhadapan dengan kemerosotan jumlah pendengar kepada pesaing terdekatnya, [[Hot FM]]. Segmen ''Drama Sebabak'' dan ''Sawancara'' menyerlahkan lagi bakatnya berlawak secara spontan.
Ternyata pembabitan beliau sebagai salah seorang juri dan tenaga pengajar ''Raja Lawak 4'' di samping [[Afdlin Shauki]] dan [[Bob Lokman]]<ref>{{cite news|title=Raja Lawak 4 Al-kisah Din Beramboi sebagai Juri Tetap|work=|publisher=Blog.Selebriti TV|date=29 Disember 2009|url=http://blog.selebriti.tv/raja-lawak-4-al-kisah-din-beramboi-sebagai-juri-tetap/|accessdate=8 April 2010}}</ref> adalah kemuncak populariti beliau, lawak jenaka dan personalitinya dapat diterima dengan hati terbuka, telatah lucu dan jenaka spontan yang adakalanya tak terfikir dek akal serta komen-komen kepada peserta ''Raja Lawak'' yang dianggap kasar menambahkan sensasi. <!--Setelah berakhirnya rancangan realiti popular ini ada ura-ura [[pengarah]]nya, Afdlin Shauki ingin mengambilnya sebagai [[watak utama|pelakon utama]] dalam sketsa "Along Bukit Beruntung", watak yang diidamkan bagi setiap seorang pelakon. Dan usaha awal pembikinan filem itu giat dijalankan. PADAM URA-URA KERANA INI CALON RENCANA PILIHAN-->
 
===Masalah kesihatan dan kematian (2010)===
=== Kematian ===
Pada 30 Mac 2010, negara digemparkan dengan berita Din Beramboi dimasukkan ke [[Unit Rawatan Rapi]] (ICU) [[Hospital Selayang]], lalu dibius hingga tidak sedar diri. Laporan awal mengatakan beliau menghidap "penyakit kencing tikus",<ref>{{cite news|title=Din Beramboi kritikal dijangkiti virus kencing tikus |work=Bernama |date=30 Mac 2010 |url=http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0330&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_27.htm&arc=hive |accessdate=2 April 2010 }}</ref> tetapi sehari berikutnya, Din disahkan dihidapi [[sindrom kejutan denggi]] dan berada dalam keadaan kritikal sehingga [[hati]] dan [[buah pinggang]]nya gagal berfungsi.<ref>{{cite news|title=Keluarga Sedih, Individu Sebar Din Beramboi Meninggal Dalam Facebook |work=Bernama |date=2 April |url=http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=487361 |access-date=2 April 2010 }}</ref> Sepanjang masanya di hospital, Din Beramboi menerima kunjungan dari sanak saudara, rakan-rakan seperjuangan dan ramai artis dari industri hiburan tanahair.