Deddy M. Borhan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 16:
}}
 
'''Deddy M. Borhan''' atau nama sebenarnya '''Maddin Borhan''' (lahir 26 Februari 19531944), merupakan seorang penyanyi dan pengarah filem pada era 70an hingga 80an. Beliau membuat sumbangan penting pada dunia perfileman Melayu apabila beliau menubuhkan syarikat perfileman [[Sabah Film|Sabah Film Productions]] di [[Kuala Lumpur]] pada 1975. Menerusi syarikat tersebut, beliau muncul sebagai penyelamat dalam industri perfileman tempatan yang ketika itu sedang merudum.
 
Deddy dan Sabah Film Productions dikatakan amat sinonim dengan kebangkitan semula dunia filem Melayu tahun 1970-an dan 1980-an selepas pasca kegemilangan [[Malay Film Productions Ltd.|Studio Malay Film Productions]] dan [[Cathay-Keris Film Productions|Cathay Keris Film]] yang berpusat di [[Singapura]]. Pada waktu itu, dunia perfileman Melayu menerima saingan sengit dari filem-filem Indonesia yang lebih banyak menguasai pawagam-pawagam tempatan.
Baris 22:
Malah, Deddy juga banyak memberi semangat kepada dunia filem Melayu yang hampir berkubur ketika itu apabila [[Merdeka Film Productions|Studio Merdeka]] di Hulu Klang, Selangor menghentikan operasinya. Beliau muncul menerusi filem pertama terbitan Sabah Film Production berjudul ''[[Filem Keluarga Comat|Keluarga Comat]]'' pada 1975 yang diarahkan oleh [[Aziz Sattar]].
 
Selepas itu, Deddy menerbitkan filem ''[[Hapuslah Air Matamu]]'' pada 1976 yang dibintangi oleh [[Broery Marantika]], [[Sharifah Aini]] dan [[Latif Ibrahim]]. Namun, penerbit dan pengarah filem ini membuat kejutan besar apabila filem ''[[Azura (filem 1984)|Azura]]'' yang diarahkannya pada 1984 memecahkan rekod sebagai filem Melayu pertama mencatat kutipan tiket box-office melebihi RM1RM2 juta.
 
Filem Azura yang dilakonkan oleh [[Jamal Abdillah]], [[Fauziah Ahmad Daud]], [[A. Galak]] dan [[Maria Arshad]] itu mengutip kutipan tiket hampir RM2 juta. Selama beroperasi, Sabah Film Productions telah menerbitkan 1718 buah filem antaranya berjudul Si Badul, Kisah Seorang Biduan, Talak, Toyol, Di Ambang Kasih dan [[Filem Gila-Gila|Gila-Gila]].
 
Dalam pada gigih menghidupkan semula dunia perfileman Melayu, Deddy juga aktif memperjuangkan nasib penyanyi, pemuzik dan pencipta lagu di negara ini melalui jawatan yang disandangnya ketika itu sebagai presiden pertama Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Pencipta Lagu Tanah Air (PAPITA) yang ditubuhkan pada 1977.