Loceng Maut: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
→‎Ringkasan: Ringkasan baharu selesai disunting
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 31:
{{spoiler}}
 
Mengisahkan tiga orang lanun (digambarkan seorang tertutup sebelah matanya, seorang memakai subang di telinga dan seorang lagi bertanda di dahi) datang ke sebuah pulau dan membunuh keluarga Andika ([[Omar SharifShariff]]). Andika ingin membalas dendam atas kematian ibu ([[Norizan Mohd Noor]]) dan adik lelakinya, Buyong ([[Zulkifli M. Osman]]. Sementara adik perempuannya, Aluni ([[Faridah Ucok]]) diperkosa dan dilarikan. Andika mengambil keputusan untuk menuntut ilmu silat dengan seorang guru ([[M. Suki]]). Walaupun guru tersebut tidak mahu menerimanya sebagai anak murid, Andika tetap memujuk gurunya agar menerimanya juga demi menuntut keadilan keluarganya. Sehingga dia sanggup untuk memotong tangannya sendiri namun dihalang oleh gurunya. 5 tahun Andika dilatih sehingga dia menjadi seorang pendekar yang terulung. Andika dikurniakan sebilah pedang berhulu emas milik gurunya. Kini tiba masanya untuk Andika menuntut keadilan. Andika mula menjejaki musuh-musuhnya dan dia telah membebaskan seorang gadis ([[Teh Faridah]]) dari Durga ([[M. Shahdan]]). Andika tiba disebuah kampung yang dipenuhi dengan masyarakat yang suka berjudi. Disitulah Andika ternampak akan salah seorang dari 3 orang lanun iaitu seorang yang berkepala botak dan memakai subang di telinga. Dalam masa yang sama, Tok Penghulu ([[Yusof Haslam]]) tidak mahu lanun botak itu yang bernama Paramu ([[Awang Daud]]) keluar dari kampungnya dengan wang kemenangan perjudian. Maka diarahkan orang-orangnya untuk memukul dan mencederakan lanun botak tersebutParamu. Namun kesemuanya mudah ditewaskan oleh lanun botak tersebutParamu dan Andika sengaja membantu agar lanun tersebutParamu dibunuh ditangannya bukan di tangan orang lain. Andika terus bergelut dengan lanun botak tersebutParamu sehingga si petualang tersebut terbunuh. Andika juga tercedera dek terkena tikaman dari pedang lanun botak tersebutParamu. Dia diselamatkan oleh gadis yang pernah ditebusnya dari Durga dahulu. Setelah 10 hari, lukanya beransur sembuh, Andika tinggal bersama keluarga gadis tersebut. Di hari upacara adat tradisi desa tersebut, Andika mulai bertanya akan nama gadis tersebut. Gadis tersebut memberitahu namanya ialah Dayu. Dayu meluahkan perasaannya terhadap Andika. Akhirnya, Andika mengambil keputusan untuk mengahwini Dayu namun dendamnya belum terbalas lagi. Andika meninggalkan kampung dan terus menjejaki musuh-musuhnya.
 
Andika tiba di sebuah kamoung yang baharu untuk menjejaki Badi ([[Alias Augustine]]), dia telah berjumpa dengan isteri keduanya ([[Dalila Fazlur Rahman]]). Andika ingin memasang perangkap untuk bertemu dengan Badi kerana Badi sedang menjalani hukuman penjara diatas kesalahan jenayah lampaunya. Dia telah ditangkap dan dipenjarakan kerana membuat kacau di kampung tersebut. Di dalam penjara tersebut dia ternampak akan Badi. Andika mulai memasang strategi bagaimana untuk dia membunuh Badi. Keesokkan harinya, semua banduan dikerahkan bekerja di dalam hutan, Andika dan Badi merancang untuk melarikan diri bersama. Perangkap Andika terhadap pengawal penjara berjaya. Mereka berdua terus melarikan diri sehingga tiba di perkampungan asal Andika. Disitulah Andika terus menukar pakaian pendekarnya dan tiba masanya untuk membalas dendam ke atas Badi. Badi masih ingin bunyi loceng di hulu pedang Andika. Badi seakan tidak percaya, lelaki yang menolongnya tadi adalah Andika yang kini masa untuk membunuhnya. Badi kehairanan kenapa Andika tidak mahu membunuhnya terlebih dahulu, Andika tidak mahu Badi mati dengan kaedah yang mudah, dia mahu membunuh Badi di atas pusara ibunya. Lalu, Andika mencampakkan sebatang tombak untuk beradu tenaga kepada Badi. Badi dan Andika terus bergelut sehingga Badi dibunuh diatas pusara ibunya. Dalam masa yang sama, Dayu menyaksikan pembunuhan itu dan memujuk Andika agar kembali ke pangkal jalan selepas dia selesai mengebumikan jenazah Badi disis pusara ibu dan adiknya. Andika tidak mengendahkan nasihat Dayu. Dia terus meninggalkan Dayu untuk mencari seorangblagi lanun yang menculik adiknya, Aluni. Dayu sungguh kecewa dengan tindak tanduk Andika.
 
Tiba di hari musim menuai, segerombolan penyamun telah menyerang dan merampas semua harta benda serta dibakarnya setiap rumah di kampung tersebut. Dayu sempat menyelamatkan dirinya. Kali ini, Andika akan menyertai kumpulan lanun tersebut kerana Panglima ([[Hussein Abu Hassan]]) adalah musuhnya yang terakhir yang juga menculik adik perempuannya dan bersembunyi di dalam gua. Aluni yang terkejut apabila dia berjumpa dengan abangnya Andika. Ini membuatkan Panglima berasa curiga dengan Andika. Andika akhirnya mengaku dirinya yang sebenar di hadapan Panglima. Panglima dan Andika terus bergelut sehingga Panglima dicederakan dengan sebilah kapaknya sendiri. Aluni terus mendesak abangnya untuk yerus membunuh Panglima namun Panglima berpura-pura meminta ampun kepada Andika agar dia tidak dibunuh. Andika teringt akn pesan gurunya supaya tidak membunuh orang yang sudah meminta maaf tetapi Panglima sempat mengeluarkan pistolnya dan terus menembak ke tubuh Andika. Andika tercedera dibahu kanannya dan dikesempatan itulah Aluni terus ke arah Panglima dan menbunuhnya dengan sanggul yang disispkan dirambutnya tetapi malang sungguh nasib Aluni, Panglima juga sempat menembak Aluni dengan jarak yang dekat. Dengan itu, Aluni juga terkorban. Andika sungguh sedih kerana tidak dapat menyelamatkan adiknya Aluni. Andika terus meninggalkan gua tersebut dan dalam masa yang sama, Dayu sentiasa mengekori pergerakkan suaminya. Kali ini, Andika mula menerima cinta Dayu dan memanggil Dayu ke pangkuannya kembali kerana dendamnya sudah berbalas. Mereka kembali hidup bahagia bersama.
 
{{endspoiler}}
 
==Pelakon==