Australia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Moeng (bincang | sumb.)
k update
Tiada ringkasan suntingan
Baris 75:
'''Australia''' ({{pron-en|əˈstreɪljə}}, secara rasminya dipanggil '''Komanwel Australia''', ialah sebuah negara di [[Hemisfera Selatan]] yang terdiri daripada tanah besar yang merupakan [[benua]] yang terkecil di dunia, dan sebilangan pulau di [[Lautan Selatan]], [[Lautan Hindi|Hindi]], dan [[Lautan Pasifik|Pasifik]]. Negara-negara jirannya termasuk [[Indonesia]], [[Timor Leste]] dan [[Papua New Guinea]] di utara, [[Kepulauan Solomon]], [[Vanuatu]], dan [[New Caledonia]] (wilayah tanggungan Perancis) di timur laut, serta [[New Zealand]] di tenggara.
Tanah besar Australia telah dihuni sejak 60,.000 tahun lagi oleh orang-[[orang asli Australia]]. Setelah lawatan sekali-sekala oleh nelayan-nelayan dari utara serta para penjelajah dan pedagang dari Eropah, namun mulai daripada abad ke-17, sebelah timur tanah besar ini dituntut oleh pihak [[Kemaharajaan Great Britain|British]] pada tahun 1770, dan [[New South Wales]] dijadikan sebuah [[tanah jajahan untuk hukuman]] secara rasmi pada [[26 Januari]] [[1788]]. Apabila jumlah penduduk bertumbuh dan kawasan-kawasan baru dijelajahi, lagi lima buah kawasan yang lebih merupai [[Wilayah luar negeri British|Tanah Jajahan]] [[penguasaan diri]] ditubuhkan berturut-turut pada sepanjang [[abad ke-19]].
 
Pada [[1 Januari]] [[1901]], enam buah tanah jajahan bergabung menjadi sebuah [[Persekutuan Australia|persekutuan]], dan Komanwel Australia dibentuk. Sejak masa itu, Australia telah mengekalkan sistem politik [[demokratik liberal]] yang stabil dan tetap merupakan sebahagian [[Alam Komanwel]]. Ibu negaranya, [[Canberra]], terletak di [[Wilayah Ibu Kota Australia]]. Jumlah penduduk negara yang kini di sekitar 20.,6 juta orang tertumpu khususnya di bandaraya-bandarya tepi pantai seperti [[Sydney]], [[Melbourne]], [[Brisbane]], [[Adelaide]], dan [[Perth, Australia Barat|Perth]].
 
== Asal usul nama ==
Baris 89:
{{utama|Sejarah Australia}}
 
Tarikh kediaman manusia pertama di Australia dianggarkan antara 42,.000 dan 48,.000 tahun dahulu. <ref>Gillespie, R. (2002). Mentarikhkan penduduk-penduduk Australia pertama. ''Radiokarbon'' 44:455–72</ref> Penduduk-penduduk Australia pertama adalah nenek moyang [[Orang Asli Australia]] kini; mereka tiba melalui jambatan tanah dan lintasan laut pendek dari benua [[Asia Tenggara]] kini. Kebanyakan daripada penduduk-penduduk ini adalah [[pemburu-pemungut]], dengan [[Tradisi lisan|budaya lisan]] yang rumit serta nilai-nilai kerohanian yang berdasarkan rasa hormat kepada tanah dan kepercayaan dalam [[Masa Mimpi (mitologi)|Masa Mimpi]]. Penduduk-[[penduduk Selat Torres]] yang tergolong dalam etnik [[Melanesia]], mendiami di [[Kepulauan Selat Torres]] dan bahagian-bahagian di jauh utara [[Queensland]]; amalan-amalan kebudayaan mereka berbeza daripada amalan-amalan orang asli.
 
Rekod pertama yang tidak dipertikaikan tentang penemuan tanah besar Australia oleh orang Eropah adalah penemuan yang dibuat oleh ahli pelayaran Belanda, [[Willem Janszoon]], yang menemui pantai [[Semenanjung Tanjung York]] pada tahun 1606. Semasa abad ke-17, orang-orang Belanda mencartakan garis-garis pinggir laut barat dan utara bagi apa yang dipanggil oleh mereka sebagai [[Holland Baru (Australia)|Holland Baru]], tetapi mereka tidak mencuba mengasaskan sebarang penempatan. Pada tahun 1770, [[James Cook]] belayar di sepanjang pantai timur Australia dan memetakan garis pinggir pantai itu. Beliau menamakan tanah itu [[New South Wales]] dan menuntutnya untuk Britain. Penemuan-penemuan ekspedisi mendorong penubuhan [[tanah jajahan untuk hukuman]] di sana.
Baris 98:
[[Fail:Endeavour replica in Cooktown harbour.jpg|240px||thumbnail|Leftenan [[James Cook]] mencartakan pantai timur Australia di atas [[HM Bark Endeavour|HM Bark ''Endeavour'']] dan menuntut tanah ini untuk Britain pada tahun [[1770]]. Replika ini dibina di [[Fremantle, Australia Barat]] pada tahun 1988 bagi ulang tahun Australia ke-200; gambar ini diambil di [[Cooktown]], pelabuhan yang Cook menghabiskan masa tujuh minggu.]]
 
Jumlah penduduk orang asli Australia, yang dianggarkan di sekitar 350,.000 orang pada masa penempatan Eropah, <ref>Smith, L. (1980), Jumlah penduduk orang asli di Australia, Percetakan [[Universiti Nasional Australia]], Canberra</ref> merosot dengan teruk selama 150 tahun menyusul penempatan, diakibatkan sebahagian besar oleh [[penyakit berjangkit]] bersama-sama dengan penempatan semula terpaksa dan perpecahan kebudayaan. [[Generasi Curian|Pemindahan kanak-kanak]] yang sesetengah ahli sejarah dan orang asli Australia menganggap sebagai suatu [[Konvensyen mengenai Pencegahan dan Penghukuman Jenayah Genosid|penghapusan bangsa]] mengikut sebilangan takrif, <ref>Tatz, C. (1999). ''[http://www.aiatsis.gov.au/rsrch/rsrch_dp/genocide.htm Genosid di Australia]'', Kertas Perbincangan Penyelidikan [[Kajian Institut Orang Asli dan Penduduk Kepulau Selat Torres Australia|AIATSIS]] No. 8, Institut Orang Asli dan Penduduk Kepulau Selat Torres Australia, Canberra</ref> mungkin merupakan antara sebab kemerosotan jumlah penduduk orang asli. Tafsiran-tafsiran sejarah orang asli ini telah dipertikaikan oleh sesetengah orang sebagai dibesar-besarkan atau diada-adakan atas alasan politik atau ideologi. <ref>Windschuttle, K. (2001). ''[http://www.newcriterion.com/archive/20/sept01/keith.htm# Mengada-adakan Sejarah Orang Asli]'', [[The New Criterion]], Jilid 20, No. 1, [[20 September]].</ref> Perdebatan ini dikenali di Australia sebagai [[Perang-perang Sejarah]]. Menyusul [[pungutan suara Australia, 1967 (orang asli)|pungutan suara 1967]], kerajaan persekutan memperoleh kuasa untuk melaksanakan dasar-dasar dan menggubal undang-undang mengenai orang-orang asli. Pemilikan tanah tradisi — [[hak milik tanah orang asli]] — tidak diakui sehingga kes [[Mahkamah Tinggi Australia|Mahkamah Tinggi]], ''[[Mabo lwn Queensland (No 2)]]'', menterbalikkan tanggapan bahawa Australia adalah sebuah ''[[terra nullius]]'' pada masa pendudukan Eropah.
[[Fail:Anzac1.JPG|left|thumbnail|240px|[[Last Post]] dimainkan dalam upacara [[Hari ANZAC]] di [[Pelabuhan Melbourne, Victoria]] pada [[25 April]] [[2005]]. Upacara-upacara seperti ini diadakan di hampir setiap bandar dan subbandar Australia.]]
 
[[Kerubut emas]] bermula di Australia pada awal dekad 1850-an, dan pemberontakan [[Kubu Eureka]] yang menentang pengenaan yuran lesen pelombongan pada tahun 1854 merupakan penyataan [[keingkaran awam]] yang awal. Antara tahun 1855 dan 1890, enam buah tanah jajahan secara berasingan memperoleh [[kerajaan bertanggungjawab]] sendiri dan mengendalikan kebanyakan hal ehwal, semasa merupakan sebahagian [[Empayar British]]. Namun demikian, Pejabat Kolonial di London masih mengekalkan penguasaan dalam hal-hal, khususnya tentang hal ehwal luar negeri, pertahanan, dan perkapalan antarabangsa di Australia. Pada [[1 Januari]] [[1901]], [[Persekutuan Australia|persekutuan]] tanah-tanah jajahan dibentuk selepas satu dekad perancangan, perundingan dan pengundian, dan Komanwel Australia dilahirkan sebagai satu [[Dominion]] [[Empayar British]]. Wilayah Ibu Kota Australia dibentuk daripada sebahagian New South Wales pada tahun 1911 untuk memberi kawasan kepada Canberra, ibu negara persekutuan yang baru (Melbourne merupakan ibu negara dari tahun 1901 hingga 1927). Penguasaan Wilayah Utara dipindahkan dari kerajaan Australia Selatan ke Komanwel pada tahun 1911. Australia sanggup menyertai [[Perang Dunia I]]; <ref>Bean, C. Ed. (1941). [http://www.awm.gov.au/histories/ww1/1/index.asp Jilid I - Cerita Anzac: Fasa pertama], Sejarah-sejarah Rasmi Perang Dunia I, Edisi Ke-11. </ref> banyak orang Australia menganggap kekalahan [[Kor Tentera Australia dan New Zealand]] (ANZAC) dalam [[Perang Gallipoli]], yang merupakan tindakan ketenteraan utama yang pertama, sebagai kelahiran negara mereka. Amat serupa dengan Gallipoli, [[Kempen Denai Kokoda]] dianggap oleh banyak orang sebagai perang pentakrifan negara daripada [[Perang Dunia II]].
 
[[Statut Westminster 1931]] secara rasmi menamatkan kebanyakan pertalian perlembagaan antara Australia dengan United Kingdom apabila Australia [[Akta Penerimagunaan Statut Westminster 1942|menguatkuasakannya]] pada 1942. Kejutan daripada kekalahan United Kingdom di Asia pada tahun 1942 serta ancaman serangan Jepun menyebabkan Australia beralih ke [[Amerika Syarikat]] sebagai sekutu dan pelindungnya yang baru. Sejak tahun 1951, Australia adalah sekutu ketenteraan Amerika Syarikat yang rasmi di bawah naungan perjanjian [[ANZUS]]. Selepas Perang Dunia II, Australia menggalakkan imigrasi secara besar-besaran dari Eropah; sejak dekad 1970-an dan pemansuhan [[Dasar Australia Putih]], imigrasi dari Asia dan bahagian-bahagian lain di dunia juga digalakkan. Oleh itu, demografi, budaya, dan imej Australia terhadap diri sendiri telah berubah secara radikal. Pertalian-pertalian perlembagaan terakhir antara Australia dengan United Kingdom diputuskan pada tahun 1986 dengan pelulusan [[Akta Australia 1986]] dan dengan itu, menamatkan sebarang peranan British di Negeri-negeri Australia serta rayuan kehakiman kepada [[Majlis Privi]]. <ref>Teks Akta Australia [http://www.austlii.edu.au/au/legis/cth/consol_act/aa1986114/index.html]</ref> Pengundi-pengundi Australia menolak langkah untuk menjadi sebuah republik dalam pemungutan suara pada tahun 1999 dengan majoriti sebanyak 55%. <ref>Suruhanjaya Pilihan Raya Australia (2000).[http://www.aec.gov.au/_content/when/referendums/1999_report/index.htm 1999 Laporan dan Statistik Pungutan Suara]</ref> Sejak pemilihan [[Gough Whitlam|Kerajaan Whitlam]] pada tahun 1972, terdapat penumpuan yang semakin meningkat terhadap masa hadapan negara sebagai sebahagian [[Lingkaran Pasifik|kawasan Asia-Pasifik]].
 
== Politik ==
Baris 119:
Parlimen Komanwel [[dwidewan]] terdiri daripada Ratu, [[Senat Australia|Senat]] (dewan pertuanan yang terdiri daripada 76 senator), dan [[Dewan Rakyat Australia|Dewan Rakyat]] (terdiri daripada 150 wakil rakyat). Wakil-wakil rakyat dipilih daripada kawasan pilihan raya ahli tunggal yang biasanya dikenali sebagai ''electorate'' atau 'kerusi'. Kerusi-kerusi dalam Dewan Rakyat diperuntukkan kepada negeri-negeri berdasarkan jumlah penduduk masing-masing. Tidak menghiraukan jumlah penduduknya, setiap negeri diwakili oleh 12 senator dalam Senat, manakala kedua-dua wilayah besar, iaitu Wilayah Ibu Kota Australia dan Wilayah Utara, masing-masing diwakili oleh dua senator. Pilihan raya umum bagi kedua-dua dewan diadakan setiap tiga tahun; biasanya hanya setengah daripada kerusi-kerusi Senat ditanding dalam setiap pilihan raya kerana senator-senator menjawat selama enam tahun yang bertindih. Parti dengan sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat membentuk Kerajaan, dengan ketuanya menjadi Perdana Menteri.
 
Terdapat tiga buah parti politik yang utama di Australia: [[Parti Buruh Australia|Parti Buruh]], [[Parti Liberal Australia|Parti Liberal]] dan [[Parti Nasional Australia|Parti Nasional]]. Ahli-ahli bebas dan banyak parti kecil — termasuk [[Parti Hijau Australia|Parti Hijau]] dan [[Parti Demokrat Australia]] — pernah memenangi kerusi dalam parlimen Australia, khususnya dalam Dewan Pertuanan, walaupun pengaruh mereka adalah sedikit. Sejak [[Pilihan raya umum Australia 1996|pilihan raya umum 1996]], [[Parti Campuran (Australia)|Parti Campuran Liberal/Nasional]] yang diketuai oleh Perdana Menteri [[John Howard]] telah memegang kuasa di Canberra. Dalam [[Pilihan raya umum Australia 2004|pilihan raya umum 2004]], parti campuran ini memenangi penguasaan Senat yang merupakan kali pertama sebuah parti (atau parti gabungan pemerintahan) yang membentuk kerajaan berjaya menguasai dewan pertuanan sejak melebihi 20 tahun. Parti Buruh berkuasa di setiap negeri dan wilayah. [[Pengundian wajib|Pengundian adalah wajib]] bagi semua warganegara melebihi 18 tahun di dalam setiap negeri dan wilayah, serta pada peringkat persekutuan. <ref>{{cite web |url=http://aec.gov.au/_content/What/voting/faq_general.htm#2 |title=Apakah akan terjadi jika saya tidak mengundi? |work=Pengundian di Australia - Soalan Lazim |publisher=[[Australian Electoral Commission]] |accessdate=21 Oktober 2006}}</ref>
 
== Negeri dan wilayah ==
Baris 132:
{{utama|Geografi Australia}}
 
Daratan Australia yang seluas 7,.686,.850 kilometer persegi (2,.967,.909 batu persegi) terletak di Plat Indo-Australia. Dikelilingi oleh Lautan-lautan Hindi, Selatan dan Pasifik, Australia dipisahkan daripada Asia oleh Laut Arafura dan Laut Timor. Panjangnya garis pinggir laut Australia 25,.760 kilometer (16,.007 batu). Negara ini menuntut Zon Ekonomi Eksklusif yang luas, sebanyak 8,.148,.250 kilometer persegi (3,.146,.057 batu persegi). Zon ini tidak termasuk Wilayah Antartik Australia.
 
Terumbu Sawar Besar, terumbu karang yang terbesar di dunia, terletak tidak jauh dari pantai timur laut Australia dan terbentang melebihi 2,000 kilometer (1,250 batu). Gunung Augustus, monolit yang terbesar di dunia, terletak di Australia Barat. Dengan tingginya sebanyak 2,.228 meter (7,.310 kaki), Gunung Kosciuszko di Banjaran Bahagi Besar adalah gunung yang tertinggi di tanah besar Australia, walaupun Puncak Mawson di Pulau Heard, sebuah wilayah terpencil Australia, adalah lebih tinggi. Tingginya 2,.745 meter (9,.006 kaki).
 
Sebahagian besar Australia terdiri daripada gurun dan tanah separa gersang. Australia adalah benua terkering yang didiami manusia, serta benua yang paling datar, dan mempunyai tanih-tanih yang tertua serta yang paling kurang subur. Hanya sudut-sudut tenggara dan barat daya benua ini mempunyai iklim yang sederhana. Sebahagian besar penduduknya tinggal di sepanjang garis pinggir laut tenggara yang beriklim sederhana. Bahagian utara negara ini yang beriklim tropika mempunyai tumbuh-tumbuhan yang terdiri daripada hutan hujan, hutang jarang, padang rumput, paya bakau, serta gurun. Iklimnya amat dipengaruhi oleh arus-arus lautan, termasuk pengayunan selatan El Niño, yang berhubung kait dengan kemarau berkala, dan sistem tekanan rendah tropika bermusim yang mengakibatkan siklon di Australia utara.
Baris 143:
Australia mempunyai ekonomi campuran gaya barat yang kaya, dengan KDNK per kapita yang lebih tinggi sedikit daripada United Kingdom, Jerman dan Perancis dari segi pariti kuasa beli. Negara ini ditempatkan ketiga dalam Indeks Pembangunan Manusia 2005 oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan keenam dalam indeks kualiti hidup sedunia 2005 oleh The Economist. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, ekonomi Australia telah mudah pulih ketika menghadapi kemerosotan ekonomi sejagat. Kenaikan keluaran di dalam ekonomi dalam negara berupaya mengimbangi kemerosotan sejagat, dan keyakinan perniagaan dan pengguna masih tegap. Isu-isu terkini yang membimbangkan sesetengah ahli ekonomi adalah defisit akaun semasa yang tinggi serta tahap-tahap hutang asing bersih yang dipinjam oleh sektor swasta.
 
Pada dekad 1980-an, pentadbiran Hawke memulakan proses pembaharuan ekonomi melalui pengapungan dolar Australia pada tahun 1983, serta pembatalan kawal selia sistem kewangan.[1] Sejak tahun 1996, kerajaan Howard telah meneruskan proses pembaharuan mikroekonomi, termasuk pembatalan kawal selia separa pasaran buruh dan penswastaan perniagaan-perniagaan milik kerajaan, khususnya industri telekomunikasi.[2] Pembaharuan sistem cukai tak langsung yang cukup besar dilaksanakan pada Julai 2000, dengan pengenalan 10% Cukai Barangan and Perkhidmatan yang dapat mengurangkan sedikit pergantungan kepada cukai pendapatan perseorangan dan cukai pendapatan syarikat yang masih mencirikan sistem cukai Australia.
 
Ekonomi Australia tidak pernah mengalami kemelesetan sejak awal dekad 1990-an. Pada Julai 2006, kadar pengangguran adalah 4.,8%, dengan 10,.223,.300 orang bekerja.[3] Sektor perkhidmatan dalam ekonomi, termasuk pelancongan, pendidikan, dan perkhidmatan kewangan, terdiri daripada 69% KDNK.[4] Pertanian dan sumber alam terdiri daripada 3% dan 5% KDNK tetapi merupakan antara sebab prestasi eksport Australia yang kukuh. Pasaran-pasaran eksport Australia yang terbesar termasuk Jepun, China, Amerika Syarikat, Korea Selatan, dan New Zealand.[5]
 
Secara tradisi, ketiadaan industri pengeluaran berorientasi eksport telah dianggap sebagai suatu kelemahan utama ekonomi Australia. Baru-baru ini, kenaikan harga-harga komoditi eksport Australia dan pertumbuhan pelancongan telah mengurangkan kritikan itu pada setakat tertentu. Walau bagaimanapun, Australia telah mencapai defisit akaun semasa yang ketiga terbesar di dunia secara mutlak (melebihi 7% KDNK secara perbandingan). Ini telah dianggap menyusahkan oleh sesetengah ahli ekonomi, terutamanya kerana perkembangan ini berbetulan dengan harga tinggi untuk barang-barang eksport Australia serta kadar faedah yang rendah yang mengekalkan kos bayar balik hutang asing pada tahap yang begitu rendah.[6]
 
== Demografi ==
Baris 153:
[[Fail:PortJackson 2004 SeanMcClean.jpg|thumbnail|250px|right|Kebanyakan penduduk Australia tinggal di kawasan bandar; [[Sydney]] ialah bandar yang mempunyai paling ramai penduduk di Australia. Arah aliran kepada [[pembandaran]] juga lebih kuat di Australia daripada banyak tempat lain di dunia.]]
 
Kebanyakan penduduk Australia yang dianggarkan sebanyak 20.,6 juta orang adalah keturunan peneroka-peneroka abad ke-19 dan ke-20. Kebanyakannya adalah dari [[Great Britain]] dan [[Ireland]]. Jumlah penduduk Australia telah berganda empat kali sejak akhir [[Perang Dunia I]], <ref>Biro Statistik Australia, [http://www.abs.gov.au/Ausstats/abs@.nsf/0/68180154bf128d91ca2569d000164365?OpenDocument Pertumbuhan Jumlah Penduduk Australia]</ref> didorong oleh rancangan [[Imigrasi ke Australia|imigrasi]] yang hebat. Pada tahun 2001, lima kumpulan yang terbesar daripada 23.,1% penduduk Australia yang dilahirkan di luar negeri berasal dari [[United Kingdom]], [[New Zealand]], [[Itali]], [[Vietnam]] and [[Republik Rakyat China|China]].<ref name = "Year Book 2005">Biro Statistik Australia, [http://www.abs.gov.au/ausstats/abs@.nsf/94713ad445ff1425ca25682000192af2/1a79e7ae231704f8ca256f720082feb9!OpenDocument Buku Tahunan Australia 2005]</ref> Menyusul pemansuhan [[Dasar Australia Putih]] pada tahun 1973, banyak inisiatif kerajaan telah dimulakan untuk menggalakkan dan mempromosikan keharmonian kaum, berasaskan dasar [[pelbagai budaya]]. <ref>Jabatan Imigresen dan Hal-ehwal Pelbagai Budaya dan Orang Asli. (2005). [http://www.immi.gov.au/facts/06evolution.htm Perkembangan Dasar Pelbagai Budaya]</ref>
 
Jumlah penduduk orang asli Australia — [[Orang Asli Australia|orang asli]] tanah besar dan [[Kepulauan Selat Torres|kaum Kepulauan Selat Torres]] — ialah 410,.003 (2.,2% daripada jumlah penduduk Australia) pada tahun 2001. Ini merupakan suatu kenaikan yang ketara daripada banci 1976 yang menunjukkan bahawa jumlah penduduk orang asli adalah 115,953 orang ketika itu. Orang-orang asli Australia mengalami kadar pemenjaraan dan pengangguran yang lebih tinggi, serta taraf pendidikan dan jangka hayat yang lebih rendah untuk kedua-dua lelaki and wanita, iaitu 17 tahun lagi kurang daripada penduduk-penduduk Australia lain. <ref name = "Year Book 2005">Biro Statistik Australia. [http://www.abs.gov.au/ausstats/abs@.nsf/94713ad445ff1425ca25682000192af2/1a79e7ae231704f8ca256f720082feb9!OpenDocument Buku Tahunan Australia 2005]</ref> Ketaksamaan kaum tertanggap merupakan suatu isu politik dan [[Hak asasi manusia di Australia|hak asasi manusia]] yang masih wujud antara penduduk-penduduk Australia.
[[Fail:Tanunda.jpg|left|thumbnail|240px|Kurang daripada 15% penduduk Australia tinggal di kawasan luar bandar. Gambar ini menunjukkan [[Lembah Barossa]], sebuah kawasan pengeluaran wain di [[Australia Selatan]].]]
 
Seperti dengan banyak negara maju yang lain, Australia sedang mengalami perubahan demografi kepada penduduk-penduduk yang lebih tua, dengan pertambahan bilangan pesara serta pengurangan orang umur bekerja. Sebilangan besar penduduk Australia (759,.849 untuk tempoh 2002–03 <ref>Parlimen Australia, Senat (2005). [http://www.aph.gov.au/Senate/committee/legcon_ctte/expats03/ Penyelidikan tentang Kkspatriat-ekspatriat Australia]</ref>) tinggal di luar negara asal mereka. Australia mengekalkan salah satu rancangan [[Imigrasi ke Australia|imigrasi]] yang paling aktif di dunia bagi menggalakkan pertumbuhan jumlah penduduk. Kebanyakan pendatang mempunyai kemahiran, tetapi kuota imigresen termasuk kategori-kategori untuk ahli keluarga serta [[pelarian]].
 
[[Bahasa Inggeris]] ialah [[bahasa rasmi]] <ref>Jabatan Imigresen dan Hal-ehwal Pelbagai Budaya. (1995). [http://www.immi.gov.au/multicultural/_inc/publications/confer/04/speech18b.htm Negara-negara pemajmuk: Dasar-dasar Bahasa Pemajmuk?]</ref> yang dituturkan serta ditulis dalam kelainan yang tersendiri, dan yang dikenali sebagai [[bahasa Inggeris Australia]]. Menurut banci 2001, bahasa Inggeris ialah bahasa tunggal yang dituturkan di rumah bagi sekitar 80% daripada jumlah penduduk. Bahasa-bahasa lain yang paling biasa dituturkan di rumah ialah [[bahasa Cina]] (2.,1%), [[bahasa Itali]] (1.,9%), dan [[bahasa Greek]] (1.,4%). Sebahagian besar pendatang-pendatang generasi pertama dan kedua adalah [[Pelbagai bahasa|dwibahasa]]. Adalah dipercayai bahawa terdapat antara 200 dan 300 [[bahasa orang asli Australia]] pada masa hubungan pertama Eropah. Hanya kira-kira 70 daripada bahasa-bahasa itu masih wujud, dengan kesemuanya kecuali 20 bahasa ini [[Bahasa-bahasa terancam|terancam]]. Sebuah bahasa orang asli masih merupakan bahasa utama bagi kira-kira 50,.000 (0.,02%) orang. Australia mempunyai sebuah [[bahasa isyarat]] yang dikenali sebagai [[Auslan]] yang merupakan bahasa utama untuk kira-kira 6,500 orang [[pekak]].
 
Australia tidak mempunyai [[agama rasmi]]. Banci 2001 mengenal pasti bahawa 68% daripada penduduk Australia menganggap diri sebagai penganut Kristian: 27% menganggap diri sebagai [[Roman Katolik]], manakala 21% menganggap diri sebagai ahli mazhab [[Gereja England]]. Penduduk Australia yang menganggap diri sebagai bukan pengikut Kristian berjumlah 5%. Sejumlah 16% dikelaskan sebagai "Tiada Ugama" (termasuk kepercayaan bukan-teisme seperti [[Humanisme sekular|humanisme]], [[ateisme]], [[agnostisisme]] dan [[rasionalisme]]) dan sejumlah 12% yang lain enggan menjawab atau tidak memberi balasan yang mencukupi untuk penafsiran. Sebagaimana dengan kebanyakan negara Barat, tahap penyertaan aktif dalam upacara sembahyang gereja adalah lebih rendah daripada jumlah ini; kehadiran mingguan untuk upacara sembahyang gereja adalah di sekitar 1.,5 juta, iaitu kira-kira 7.,5% daripada jumlah penduduk. <ref>[http://www.ncls.org.au/default.aspx?docid=2250&track=82083 NCLS menerbitkan anggaran-anggaran terbaru tentang kehadiran upacara sembahyang geraja], Tinjauan Hidup Gereja Nasional, penerbitan media, [[28 Februari]] [[2004]]</ref>
 
Kehadiran sekolah adalah wajib di seluruh Australia antara usia 6–15 tahun (tempoh pendidikan selama 16 tahun di [[Australia Selatan]] serta [[Tasmania]], dan 17 tahun di [[Australia Barat]]) merupakan antara sebab kadar kenal huruf dewasa yang dianggap sebagai 99%. Bantuan kerajaan telah membantu penubuhan 38 buah universiti Australia, dan sungguhpun terdapat banyak universiti swasta yang ditubuhkan, sebahagian besarnya menerima pembiayaan kerajaan. Terdapat sistem kolej latihan vokasional berasaskan negeri yang dikenali sebagai [[Pendidikan Teknikal dan Lanjutan|Institut-institut TAFE]], dan banyak industri juga memberi latihan [[perantisan]] untuk pekerja-pekerjanya yang baru. Kira-kira 58% daripada penduduk Australia yang berusia antara 25 dan 64 tahun mempunyai kelayakan vokasional atau pendidikan tinggi <ref name = "Year Book 2005">Biro Statistik Australia. [http://www.abs.gov.au/ausstats/abs@.nsf/94713ad445ff1425ca25682000192af2/1a79e7ae231704f8ca256f720082feb9!OpenDocument Buku Tahunan Australia 2005]</ref> dan kadar penyampaian ijazah sebanyak 49% adalah kadar yang tertinggi di kalangan negara-negara OECD. Nisbah pelajar antarabangsa dengan pelajar tempatan dalam pendidikan tinggi di Australia adalah yang tertinggi antara negara-negara OECD.<ref>[http://www.ecs.org/html/offsite.asp?document=http%3A%2F%2Fwww%2Eoecd%2Eorg%2Fdataoecd%2F20%2F25%2F35345692%2Epdf Pendidikan Sepintas Lalu 2005] oleh [[OECD]]: Peratusan pelajar asing dalam pendidikan tinggi. </ref>